Skip to main content

Dunia

Masjid Al-Aqsa di buka semula selepas lebih 2 bulan ditutup

Selepas lebih dua bulan ditutup akibat langkah-langkah membendung penularan COVID-19, masjid ketiga paling suci dalam Islam, Masjidil Aqsa, akhirnya dibuka semula kepada orang ramai Subuh tadi (31 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid Al-Aqsa di buka semula selepas lebih 2 bulan ditutup

Para jemaah menunaikan solat subuh di pekarangan Masjid Al-Aqsa yang dibuka semula, mulai 31 Mei 2020. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 31 May 2020 05:18PM Dikemas Kini : 31 May 2020 05:19PM

BAITULMAKDIS: Selepas lebih dua bulan ditutup akibat langkah-langkah membendung penularan COVID-19, masjid ketiga paling suci dalam Islam, Masjidil Aqsa, akhirnya dibuka semula kepada orang ramai Subuh tadi (31 Mei).

Ramai penduduk Baitulmakdis sanggup berdiri lama untuk memasuki pekarangan Masjidil Aqsa yang ditutup sejak Mac lalu.

Sebagai menjaga keselamatan, langkah-langkah jarak selamat dilaksanakan. Para jemaah juga diperiksa suhu badan mereka dan diwajibkan memakai pelitup.

Hanya sehari sebelumnya, polis Israel menembak mati seorang lelaki Palestin di luar kawasan masjid itu meskipun mangsa tidak memiliki sebarang senjata.

Maka itu, pembukaan semula Masjidil Aqsa ini dilihat sebagai satu simbol mengembalikan hak warga Palestin untuk menjejakkan kaki di atas tanah yang masih belum dirampas Israel.

Pembukaan semula Masjidil Aqsa menjadi kenyataan selepas jumlah kes COVID-19 di Baitulmakdis dan kawasan sekitarnya berkurangan.

Israel melaporkan lebih 17,000 kes COVID-19 dengan 284 kematian.

Namun, kawasan Tebing Barat dan Gaza setakat ini melaporkan 500 jangkitan COVID-19 dengan tiga kematian.

Sumber : AFP/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita