Masih ramai pengundi muda tidak tahu nama dalam daftar pemilih, kata Ismail Sabri
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
LABUAN: Masih ramai pengundi muda berumur 18 tahun dan ke atas di seluruh negara Malaysia yang tidak tahu bahawa nama mereka tersenarai dalam daftar pemilih, kata Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata warga Malaysia yang mencapai umur 18 tahun harus tahu bahawa mereka disenaraikan sebagai pengundi secara automatik dalam daftar pemilih.
“Ramai pengundi muda mungkin tidak tahu pun nama mereka tersenarai dalam daftar pemilih…sekarang ini, cukup sahaja umur 18 tahun, automatik mereka menjadi pengundi… mungkin sesetengah tidak perasan (tersenarai sebagai pengundi).
“Beberapa kali saya berjumpa pengundi muda terutama pelajar, mereka tidak tahu pun nama mereka sudah ada dalam daftar pemilih,” katanya selepas Majlis Amanat Jelajah Keluarga Malaysia di Dewan Konvensyen Kompleks Ujana Kewangan di Labuan pada Ahad (23 Okt).
Encik Ismail Sabri berkata ia merupakan tanggungjawab jentera Barisan Nasional (BN) untuk mendekati dan memberi penjelasan kepada pengundi muda seluruh negara.
“Jentera parti komponen BN harus mendekati dan memaklumkan pengundi muda ini di kawasan masing-masing dan memastikan mereka keluar mengundi bulan depan.
“Kalau tidak, mungkin mereka tidak akan tahu dan tidak keluar mengundi, jadi itulah yang kita akan lakukan, memberi makluman kepada mereka,” katanya.
Berhubung jumlah pengundi berdaftar yang didakwa mengalami peningkatan secara mendadak di Sabah, beliau meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan siasatan.
“Peningkatan mendadak bukan daripada pengundi muda... kalau dalam kalangan pengundi muda, kita faham tetapi pengundi yang didaftarkan… dalam hal ini, SPR harus buat siasatan dan kalau didapati ada keraguan, kita serah kepada SPR untuk ambil tindakan sewajarnya,” kata beliau.
Pada 20 Oktober lalu, Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor berkata kerajaan negeri itu akan mendapatkan maklumat lanjut daripada SPR berhubung jumlah pengundi berdaftar yang didakwa mengalami peningkatan secara mendadak.
Beliau berkata pihaknya maklum mengenai kebimbangan beberapa pihak berhubung perkara itu dan kerajaan negeri memerlukan maklumat lanjut mengenainya.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.