Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masih ragu-ragu terhadap vaksin meski kes COVID-19 terus meningkat di China

Anggaran Waktu Membaca:
 Masih ragu-ragu terhadap vaksin meski kes COVID-19 terus meningkat di China

(Gambar: HECTOR RETAMAL / AFP)

SHENZHEN: Warga China, Candice menyedari bahawa jumlah jangkitan COVID-19 semakin meningkat di Beijing dan banyak kawasan lain di China dan tidak lama lagi ia akan menular ke kampung halamannya rumahnya di Shenzhen, namun beliau memilih untuk menghadapinya tanpa mendapatkan suntikan dos penggalak kerana beliau lebih bimbang tentang kesan sampingannya daripada jangkitan virus itu sendiri.

Wanita berusia 28 tahun itu sudah mendapatkan dua suntikan vaksin CoronaVac keluaran Sinovac pada tahun lalu dengan harapan ia akan memudahkan perjalanan, namun beliau kini semakin ragu-ragu selepas mendapat tahu tentang kesan sampingan yang dialami oleh rakan-rakannya serta amaran serupa yang tersebar di media sosial.

"Saya tidak mempercayainya," kata beliau. Menurut Candice, beliau enggan menyertai kempen vaksinasi baru-baru ini yang dianjurkan oleh masyarakat tempatan.

Candice adalah sebahagian daripada kumpulan yang membuktikan bagaimana keraguan terhadap vaksin masih berlegar-legar di China, menurut para ahli akademik.

Ia menimbulkan masalah kepada Beijing sedang ia berusaha untuk menggalak lebih ramai penduduk supaya mendapatkan suntikan vaksin ketika negara itu berdepan dengan lonjakan kes jangkitan selepas sekatan-sekatan COVID-19 dilonggarkan.
Secara rasmi, kadar vaksinasi di China melebihi 90 peratus, tetapi kadar orang dewasa yang mendapatkan suntikan dos penggalak merosot kepada 57.9 peratus dan 42.3 peratus bagi mereka yang berusia 80 tahun ke atas, menurut data pemerintah.

Ini mendorong pemerintah China untuk mengeluarkan amaran yang menyatakan negara itu mungkin menyaksikan lebih 1.5 juta kematian selepas perintah berkurung dan ujian saringan besar-besaran dimansuhkan.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan