Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masih belum ada lagi kenyataan Pakatan Harapan setakat petang ini

Anggaran Waktu Membaca:
Masih belum ada lagi kenyataan Pakatan Harapan setakat petang ini

Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berucap semasa sidang media menyusuli Pilihan Raya Umum ke-15 pada 22 Nov 2022. (Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) belum mengadakan pertemuan dengan gabungan lain bagi membentuk Kerajaan Persekutan, selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Demikian menurut laporan Buletin TV3 hari ini (20 Nov).

Biarpun meraih jumlah kerusi Parlimen tertinggi, iaitu 82 daripada keseluruhan 219 yang dipertanding, PH masih perlu ‘memikat’ Ahli Parlimen atau gabungan lain, bagi melengkapkan sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk membolehkan kerajaan baharu dapat dibentuk.

Setakat petang ini, tiada perbincangan membabitkan pimpinan tertinggi PH bersama gabungan lain seperti Perikatan Nasional (PN) yang meraih 73 kerusi, Barisan Nasional (BN) 30 kerusi atau Gabungan Parti Sarawak (GPS) 22 kerusi, lapor Buletin TV3 lagi.

Pemimpin tertinggi PH juga tidak kelihatan di Ibu Pejabat PKR, di Petaling Jaya.

Pengerusi PH juga Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan pimpinan tertinggi PH lain belum mengeluarkan kenyataan rasmi, berhubung penggabungan itu.

Semalam, Encik Anwar yang memenangi kerusi Parlimen Tambun, berkata PH mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

Beliau berkata, PH sudah mencapai persetujuan dengan beberapa pihak bagi tujuan berkenaan, selain menjelaskan pakatan itu mempunyai majoriti melebihi 112 kerusi Parlimen.

Sementara itu, pengerusi PN, Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan bersama Premier Sarawak, Abang Johari Openg dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di kediaman beliau di Bukit Damansara, hari ini, lapor Buletin TV3.

Ketiga-tiga pemimpin terbabit mengambil langkah awal ke arah pembentukan Kerajaan Persekutuan, berikutan keputusan PRU15 menyaksikan tiada gabungan parti memiliki kerusi majoriti untuk membentuk kerajaan Persekutuan.
Sumber : Agensi berita/NK/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan