Masalah dadah, vape dalam kalangan belia Melayu membimbangkan, perlu ditangani segera: PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada Rabu (18 Jun) meluahkan kebimbangan terhadap gejala penyalahgunaan dadah dan vape dalam kalangan belia khususnya anak muda Melayu.
Beliau berkata situasi itu kian membarah dan memerlukan penyelesaian menyeluruh melibatkan pelbagai pendekatan termasuk kaunseling dan dakwah.
Encik Anwar berkata isu itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu (18 Jun) yang mencerminkan tahap keseriusan ancaman tersebut terhadap masa depan negara.
“Tolonglah bincang, carilah jalan, kaedah mana, apa keperluan yang diperlukan. Adakah perlu kaunseling... perlu dakwah... kerana puluh tahun belum selesai,” katanya ketika berucap di Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI bertemakan ‘Guru Pemangkin Patriotisme Negara’ di Putrajaya.
Encik Anwar berkata gelaja itu turut melibatkan kaum lain, namun statistik menunjukkan ia lebih parah dalam kalangan anak Melayu, seterusnya menuntut kerajaan dan masyarakat melakukan sesuatu secara kolektif serta menyeluruh agar gejala yang memusnahkan masa depan generasi muda dapat dibendung.
Profesor Emeritus Dr Nik Safiah Karim, yang merupakan mentor kepada Perdana Menteri, turut hadir sebagai panel jemputan khas.
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Dr Roslan Hussin dan Presiden Perbadanan Putrajaya Fadlun Mak Ujud.
Encik Anwar juga berkata isu sosial seperti dadah dan rasuah yang mencemarkan negara mendorong beliau untuk mengambil pendirian tegas dalam pentadbiran.
Awal dari itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada sidang media pascamesyuarat Kabinet pada Rabu memaklumkan satu mesyuarat khas akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan langkah menangani penjualan bahan terlarang termasuk cecair vape yang mengandungi dadah dan dijual secara online.
Encik Fahmi, yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI, berkata mesyuarat itu akan melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, dan hasil perbincangan akan dibentang kepada Jemaah Menteri bagi tindakan lanjut.
Seminar itu, yang bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan warga pendidik selain memperkukuh kefahaman mereka terhadap dasar kerajaan khususnya Malaysia MADANI, menghimpunkan lebih 1,000 pendidik dari sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya serta bakal guru.
Objektif utama seminar ialah membentuk warga pendidik yang memahami dan menghayati peranan serta tanggungjawab mereka dalam usaha membina negara bangsa yang holistik.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.