Masalah Britain tidak akan hilang pada 2023, kata Rishi Sunak
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Daniel Leal)
LONDON: Britain mengharungi 12 bulan yang mencabar dan masalah negara tidak akan "terhapus" pada 2023 - namun pertabalan Raja Charles III kelak akan membantu menyatukan negara ini, kata Perdana Menteri Rishi Sunak dalam amanat tahun barunya pada Sabtu (31 Dis).
Encik Sunak yang dilantik pada Oktober lalu sebagai Perdana Menteri Britain ketiga pada tahun ini berkata negara tersebut mengalami "kesan ekonomi yang mendalam" disebabkan perang Rusia di Ukraine.
Beliau berkata bahawa kerajaan sudah "membuat keputusan sukar namun adil untuk mengawal pinjaman dan hutang" dan membantu warga Britain mengatasi kos sara hidup ekoran bil tenaga yang melonjak.
Ekonomi dan politik Britain sudah terkawal sejak langkah itu namun Encik Sunak masih perlu memulihkan ekonomi yang lembap, mogok meluas oleh pekerja ekoran kos yang meningkat dan Parti Konservatif yang berpecah belah serta kehilangan sokongan selepas 12 tahun berkuasa.
"Saya tidak nafikan bahawa semua masalah kita tidak akan hilang pada tahun baru," katanya.
Namun beliau menambah bahawa Britain akan "bersatu dengan bangga dalam segala hal yang menjadikan negara ini hebat" bagi upacara pertabalan Charles III.

Sumber : AP/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.