Masalah banjir Johor isu berlarutan, perlu diselesai segera, kata Onn Hafiz
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Onn Hafiz Ghazi)
JOHOR BAHRU: Penubuhan pasukan petugas khas di peringkat negeri Johor pada 2024 bagi memantau kemajuan projek berimpak tinggi, berjaya memendekkan tempoh pelaksanaan 11 projek mitigasi banjir bernilai RM1.7 bilion (S$510 juta) dari 2029 kepada 2027.
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkata, selain projek berskala besar seperti tebatan banjir, kerajaan negeri pada tahun ini juga menyediakan RM88 juta (S$27 juta) untuk pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) menyelesaikan 54 kawasan 'titik panas' lokasi banjir, lapor Astro AWANI.
Beliau berkata, langkah itu selari dengan titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk kerajaan menyelesaikan masalah banjir dengan kadar segera, kerana ia dilihat antara masalah legasi yang terlalu lama membelenggu negeri Selatan itu.
“Untuk kawasan-kawasan ini kita sudah tetapkan 11 projek tebatan banjir berjumlah RM1.7 bilion. Berdasarkan garis masa, ia sepatutnya siap pada 2029 tetapi kita buat pasukan bertindak khas. Insya-Allah semua sebelas projek akan siap menjelang tahun 2027.
“Itu bermaksud penjimatan masa dua tahun. Saya tahu walaupun … akan ada masa dua tahun lagi nak siap tapi kita dah pantaskan, kita dah cepatkan.
“Tetapi pada masa sama ada juga di kawasan-kawasan bandar nak bagi mengelakkan banjir-banjir kilat ini, kita bekerjasama dengan semua PBT di Johor, kita belanjakan untuk tahun ini saja RM88 juta untuk menyelesaikan 53 hotspot. Jadi Insya-Allah banjir-banjir kilat di kawasan kawasan bandar menjelang akhir tahun, insya-Allah akan selesai,” katanya lagi.
Menteri Besar Johor itu berkata demikian sewaktu bersiaran dalam program Agenda AWANI pada Isnin (24 Mac).
Banjir besar yang melanda Johor baru-baru ini mencatat hampir 14,000 mangsa sewaktu umat Islam sedang membuat persiapan menjalani ibadah puasa dan menjelang sambutan Aidilfitri.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.