Skip to main content

Dunia

Masa untuk 'dekad tindakan' tangani perubahan iklim, kata John Kerry

Sidang puncak iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Glasgow, Scotland tahun ini mesti memulakan tindakan sedekad untuk menangani krisis sekitaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Masa untuk 'dekad tindakan' tangani perubahan iklim, kata John Kerry

Envoi Khas AS bagi Perubahan Iklim John Kerry sedang memakai pelitup. (Gambar: Oliver Hoslet/Pool via REUTERS)

Diterbitkan : 10 Mar 2021 02:18PM Dikemas Kini : 10 Mar 2021 02:20PM

BRUSSELS: Sidang puncak iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Glasgow, Scotland tahun ini mesti memulakan tindakan sedekad untuk menangani krisis sekitaran.

Demikian ditekankan oleh utusan perubahan iklim John Kerry pada Selasa (9 Mac) semasa mengadakan lawatan ke ibu pejabat Kesatuan Eropah di Brussels.

Selepas empat tahun masyarakat berpecah-belah di bawah pemerintahan mantan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, lawatan Encik Kerry itu menandakan titik permulaan baru dalam jalinan hubungan rentas atlantik - yang mana Encik Kerry dan ketua iklim EU, Frans Timmermans berharap boleh mengubah usaha sejagat untuk menangani perubahan iklim.

"Inilah masanya. Glasgow adalah peluang terakhir, terbaik yang kita ada dan harapan terbaik bahawa dunia akan bersatu dan meneruskan (perjanjian) Paris," kata Encik Kerry, merujuk kepada Perjanjian Paris 2015 berhubung perubahan iklim.

"Para saintis memberitahu kita dekad ini, 2020 hingga 2030, mesti menjadi dekad tindakan," kata mantan Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu.

Hampir 200 negara sudah komited di bawah Perjanjian Paris untuk menghentikan kenaikan suhu global ke paras yang dapat mengelak kesan-kesan dahsyat perubahan iklim.

Bagaimanapun, kebanyakan negara pengeluar terbesar gas rumah hijau tidak memenuhi sasaran itu.

Pada Selasa, Encik Kerry dan Timmermans mengadakan perbincangan tentang bagaimana Amerika Syarikat dan EU - pengeluar kedua dan ketiga terbesar gas rumah hijau - boleh meyakinkan negara-negara pengeluar terbesar lain untuk melakukan ikrar lebih tegas bagi mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau sebelum sidang puncak PBB pada November nanti.

Minggu lalu, China mengumumkan pelan lima tahun yang menurut para penganalisis akan meningkatkan pengeluarannya. India, Jepun, Rusia dan Brazil juga kini di bawah tekanan untuk komited mempercepat pengurangan pengeluaran gas rumah hijau.

Dalam satu kenyataan bersama lewat Selasa, Amerika Syarikat dan EU berikrar untuk memperbaharui perikatan mereka memerangi perubahan iklim dan bekerjasama dengan rakan-rakan global "untuk memperkukuh visi iklim mereka".

EU sudahpun memperkukuh ikrarnya. Sebanyak 27 negara anggota EU sudahpun bersetuju pada Disember lalu untuk mengurangkan pengeluaran bersih gas rumah hijau mereka sekurang-kurangnya 55 peratus menjelang 2030, daripada paras 1990.

Amerika Syarikat dijangka mengumumkan ikrarnya pada bulan depan.

Para pegawai EU dan kumpulan-kumpulam alam sekitar mahukan komitmen daripada Washington untuk mengurangkan pengeluarannya sekurang-kurangnya 50 peratus dalam dekad ini ke paras bawah 2005.

"Jika ia tidak bermula daripada lima, kami anggap ia tidak bagus," menurut seorang diplomat EU mengenai ikrar Amerika, merujuk kepada pengurangan pengeluaran gas rumah hijau menjelang 2030 daripada paras 2005.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita