Skip to main content

Dunia

Masa depan DAP dalam Kerajaan Perpaduan ditentukan hari ini

Anggaran Waktu Membaca:
Masa depan DAP dalam Kerajaan Perpaduan ditentukan hari ini
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke. (Gambar: Bernama)
Diterbitkan : 16 Aug 2026 12:28PM
  • Persidangan Kebangsaan DAP diadakan di PICC, Putrajaya pada 16 Ogos dengan kehadiran 4,264 perwakilan dari 1,704 cawangan.
  • Anthony Loke Siew Fook membentangkan usul sama ada DAP akan kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat tempoh.
  • Persidangan berlangsung dalam suasana politik yang dipengaruhi keputusan PRN Sabah, Johor dan Negeri Sembilan yang menunjukkan prestasi berbeza parti-parti utama.
  • Perwakilan mendengar ucapan pimpinan sebelum mengundi usul penting yang bakal menentukan hala tuju DAP dalam kerajaan.
Dijana oleh AI
PUTRAJAYA: Persidangan Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula tepat jam 10 pagi pada Ahad (16 Ogos).

Sejumlah perwakilan mengambil tempat di dewan utama untuk mendengar ucapan perbahasan daripada pucuk pimpinan utama parti.

Sebelum ini, media melaporkan, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook akan membentangkan usul sama ada parti akan kekal atau tidak dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat tempoh.

Difahamkan, seramai 4,264 perwakilan daripada 1,704 cawangan yang layak untuk menghadiri persidangan akan mengundi usul berkenaan.

Persidangan kali ini turut berlangsung dengan latar politik yang menyaksikan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh kebelakangan ini memberikan keputusan berbeza kepada parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Semasa PRN Sabah November lalu, Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi satu daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) muncul blok terbesar dengan 29 kerusi, diikuti Warisan dengan 25 kerusi.

Terbaharu di Johor bulan lalu, Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar apabila menguasai 48 daripada 56 kerusi DUN, manakala PH memperoleh lapan kerusi. Daripada jumlah itu, DAP memenangi enam kerusi, manakala Parti Keadilan rakyat (PKR) dan Amanah masing-masing satu.

Sementara itu, semasa PRN Negeri Sembilan, PH menerusi DAP memenangi 11 kerusi daripada keseluruhan 36 kerusi DUN.
Sumber : Agensi berita/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita