MAS kekalkan dasar kewangan selepas ia dilonggarkan awal tahun ini
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengekalkan dasar kewangan berasaskan kadar pertukaran wang pada Rabu (30 Jul) selepas melonggarkannya sebanyak dua kali pada awal tahun ini.
Menyusuli kenyataan dasar kewangannya sebelum ini, pertumbuhan ekonomi global lebih berdaya tahan daripada yang dijangkakan sebelum ini, ia menambah.
Menurut MAS, kenyataan dasar kewangan itu akan "mengekalkan kadar kenaikan sedia ada" bagi jalur dasar kadar pertukaran efektif nominal dolar Singapura (S$NEER).
"Tiada perubahan pada keluasan jalur dasar dan tahap di mana ia berpusat," menurut MAS.
Ia menarik perhatian kepada dua langkah dasar yang dilaksanakan sebelum ini pada tahun ini dan menyatakan ia berada "di kedudukan yang sesuai untuk bertindak balas terhadap risiko kepada kestabilan harga jangka sederhana".
Ahli ekonomi yang ditinjau Reuters berbelah bahagi sama ada MAS akan melonggarkan dasar kewangan atau membiarkannya tidak berubah.
Enam ahli ekonomi menjangkakan kelonggaran manakala selebihnya menjangkakan tiada perubahan.
MAS melonggarkan dasar kewangannya pada Januari dan April tahun ini selepas mengekalkannya selama hampir lima tahun.
MAS menguruskan dasar kewangannya melalui kadar pertukaran wang dan bukan kadar faedah.
Ia membiarkan dolar Singapura mengukuh atau melemah berbanding mata wang rakan-rakan kongsi perdagangan utama negara itu dalam jalur dasar yang tidak didedahkan.
Ia boleh mengubah keluasan jalur dasar dan tahap di mana ia berpusat.

Sumber : CNA/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.