Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mas Ermieyati calon Ketua Menteri Perikatan Nasional

Perikatan Nasional (PN) menamakan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara Mas, Ermieyati Samsudin, sebagai calon Ketua Menteri negeri itu sekiranya memperoleh mandat pada 20 November ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Mas Ermieyati calon Ketua Menteri Perikatan Nasional

Gambar: Facebook/Mas Ermieyati Samsudin

Diterbitkan : 18 Nov 2021 08:31PM Dikemas Kini : 18 Nov 2021 08:35PM

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menamakan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara Mas, Ermieyati Samsudin, sebagai calon Ketua Menteri negeri itu sekiranya memperoleh mandat pada 20 November ini.

Mengumumkan perkara itu, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata PN membuktikan bahawa ruang dan peluang sentiasa diberikan kepada mana-mana pemimpin yang layak tanpa mengira jantina.

"Ini adalah pertama kali dalam sejarah negara seorang wanita berkelayakan, profesional, muda mempunyai banyak pengalaman ditawarkan calon Ketua Menteri.

"Terbukti bahawa PN sentiasa memberikan ruang kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina untuk memegang jawatan penting seperti ini," kata Encik Muhyiddin dalam sidang pada Khamis (18 Nov).

Astro Awani menukil Encik Muhyiddin sebagai berkata bahawa pemilihan Cik Mas Ermieyati dibuat oleh pucuk pimpinan selepas mengambil kira pelbagai sudut pengalaman Ahli Parlimen Masjid Tanah itu.

"Di Melaka segalanya bermula, yakni terbukti bahawa Melaka yang melakar sejarah, negeri pertama terpilih menjadi Ketua Menteri dengan harapan 28 calon DUN PN boleh capai kejayaan besar.

"Saya sudah lama turun ke gelanggang di bawah, pengundi Melaka kenali dia (Mas Ermieyati) cukup luas pengetahuan politik.

"Dia (pengundi) tak sebut lelaki atau wanita, tapi mahukan pemimpin ada pengalaman selain kelayakan atau track record, semua ini ada pada Datuk Mas Ermieyati," jelasnya lagi.

Mengulas lanjut berhubung pecutan terakhir PN dalam PRN Melaka pada Sabtu ini, Encik Muhyiddin menyerahkan kepada kebijaksanaan rakyat negeri itu untuk memilih calon yang benar-benar layak seperti ditawarkan PN.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan