Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Maruah Melayu dipandang hina atas kesalahan mereka sendiri - Dr Mahathir

Dalam mengatasi isu maruah Melayu yang sering dipandang hina di negara sendiri, Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad berkata hanya Melayu yang boleh memulihkan maruah mereka sendiri tanpa mengharapkan orang lain untuk melakukannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Maruah Melayu dipandang hina atas kesalahan mereka sendiri - Dr Mahathir

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 06 Oct 2019 03:31PM Dikemas Kini : 06 Oct 2019 03:33PM

SHAH ALAM: Dalam mengatasi isu maruah Melayu yang sering dipandang hina di negara sendiri, Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad berkata hanya Melayu yang boleh memulihkan maruah mereka sendiri tanpa mengharapkan orang lain untuk melakukannya.

Dr Mahathir berkata kerajaan dengan sendirinya, walaupun dipimpin oleh Melayu, tidak boleh memulihkan maruah Melayu sekiranya kaum itu tidak mahu berusaha untuk mengubah nasib mereka.

"Jangan minta orang lain lakukan sesuatu untuk memulihkan maruah kita. Melayu sendiri kena pulihkan maruah Melayu,” katanya ketika berucap di Kongres Maruah Melayu di Shah Alam hari ini (6 Okt).

Dr Mahathir menjelaskan kerajaan hanya mampu menyediakan peluang untuk Melayu ambil bahagian dalam pelbagai bidang di negara ini.

Bagaimanapun, usaha untuk memulihkan maruah Melayu sukar sekiranya bangsa itu sendiri tidak mahu berusaha mengambil dan menggunakan peluang yang disediakan oleh kerajaan dengan sebaiknya.

"Maruah Melayu bergantung kepada pencapaian kita sendiri. Kalau kita mampu tadbir negara dengan baik, gunakan peluang yang ada dengan baik, bekerja dengan baik, mampu keluarkan barang pengguna, tiada siapa boleh jatuhkan maruah kita," ujar beliau.

Dr Mahathir berucap di hadapan ribuan hadirin termasuk para pemimpin parti politik Melayu, ahli akademik, badan bukan kerajaan dan apa yang disifatkannya kehadiran Melayu yang "sedar" di majlis itu.

Di majlis itu, Dr Mahathir turut melahirkan rasa sedih kerana maruah Melayu dipandang hina atas kesalahan mereka sendiri. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan