Skip to main content

Dunia

Marrakech dikunjungi pelancong selepas gempa bumi

Anggaran Waktu Membaca:
RABAT: Bandar purba Marrakech di Maghribi mula menerima kedatangan semula pelancong, lebih seminggu selepas gempa bumi kuat yang meragut ribuan nyawa, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Ramai pelancong kini melawat kebanyakan monumen bersejarah di bandar ini," kata pemandu pelancong Mohammad al-Rouweisi. 

Beliau berkata pasukan keselamatan memasang penghadang di sekitar bangunan dan tembok yang rosak di Marrakech sebagai langkah keselamatan untuk penduduk dan pelancong.

Gempa bumi tersebut adalah yang paling kuat melanda Maghribi dalam tempoh seabad, menurut Institut Geofizik Kebangsaan negara itu.

Kira-kira 3,000 orang terbunuh dan 6,125 cedera dalam gempa bumi berukuran 7 pada skala Richter yang melanda pada 8 September.

Gegaran itu menyebabkan kerosakan kepada beberapa tapak pelancongan dan bersejarah di Marrakech, tapak Warisan Dunia UNESCO dan bandar-bandar lain di Maghribi.

Antara tapak yang mengalami kerosakan di Marrakech ialah kawasan bandar lama yang dikenali sebagai Madinah dan tembok purba serta lorong sempit, dataran dan pasar Jemaa el-Fna yang terkenal di dunia, dan menara Kotoubia.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita