Mark Zuckerberg akui peroleh, beli Instagram kerana kameranya 'lebih baik'
Anggaran Waktu Membaca:
CEO Meta Mark Zuckerberg. (Gambar: REUTERS/Evelyn Hockstein/Gambar fail)
WASHINGTON: CEO Meta Mark Zuckerberg membuat pengakuan penting semasa perbicaraan antitrust atau antipersaingan pada Selasa (15 Apr), sambil berkata beliau membeli dan memperoleh Instagram kerana ia mempunyai kamera yang "lebih baik" daripada yang sedang dibangunkan syarikatnya ketika itu untuk Facebook.
Pengakuan ini dilihat mengukuhkan dakwaan oleh penguat kuasa antitrust Amerika Syarikat bahawa Meta menggunakan strategi "beli atau kuburkan" untuk meleburkan syarikat-syarikat yang berpotensi menjadi pesaingnya, memastikan jumlah pesaing kecil, dan mengekalkan monopoli yang menyalahi undang-undang.
Perkara ini dibangkitkan semasa hari kedua Encik Zuckerberg memberi keterangan dalam perbicaraan berprofil tinggi di Washington, di mana Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat (FTC) berusaha untuk membatalkan pemerolehan aset berharga Meta iaitu Instagram dan WhatsApp.
Ketika ditanya oleh peguam FTC sama ada beliau berasa bahawa Instagram yang semakin diterima ramai itu boleh memudaratkan Meta, yang dahulunya dikenali sebagai Facebook, Encik Zuckerberg berkata beliau percaya Instagram mempunyai kamera yang lebih baik daripada yang sedang dibangunkan oleh syarikatnya.
"Kami sedang melakukan analisis 'bangunkan atau beli' semasa dalam proses membangunkan aplikasi kamera," kata Encik Zuckerberg. "Saya berpandangan bahawa Instagram lebih baik dalam hal itu, jadi saya rasa lebih baik untuk membelinya."
Pengakuan Encik Zuckerberg ini merupakan satu perkembangan penting dalam kes antitrust yang sedang berlangsung terhadap Meta. FTC berhujah bahawa pemerolehan Instagram pada tahun 2012 dan WhatsApp pada tahun 2014 oleh Meta adalah bersifat antipersaingan dan menyekat inovasi serta pilihan pengguna.
Jika FTC berjaya, mahkamah boleh memerintahkan Meta untuk melepaskan Instagram dan WhatsApp, yang akan membawa perubahan besar kepada landskap media sosial.
Perbicaraan ini dijangka berlanjutan selama beberapa minggu lagi, dan keputusannya akan mempunyai kesan yang besar ke atas masa depan Meta dan pengawalseliaan ke atas gergasi teknologi di Amerika Syarikat.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.