Mark Carney angkat sumpah sebagai PM Kanada pada 14 Mac
Anggaran Waktu Membaca:

Pemimpin Parti Liberal Kanada dan bakal Perdana Menteri Mark Carney berucap setelah dipilih sebagai ketua parti itu di Ottawa pada 9 Mac 2025. (Gambar: Dave Chan/AFP)
OTTAWA: Mark Carney dijadual mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada pada 14 Mac, lapor Agensi Berita Rusia (TASS) yang memetik siaran CTV pada Rabu (12 Mac).
Majlis angkat sumpah akan berlangsung pada 11.00 pagi waktu tempatan di kediaman rasmi Gabenor Jeneral Kanada, Mary Simon.
Selain Encik Carney, anggota Kabinet baharu turut mengangkat sumpah, namun senarai penuh mereka masih belum diumumkan.
Pada 9 Mac lalu, Parti Liberal Kanada melantik mantan Gabenor Bank of Canada itu sebagai pemimpin baharu parti.
Encik Carney akan memegang jawatan sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya parlimen yang dijadualkan pada 20 Oktober ini. Namun, terdapat kemungkinan beliau akan mengadakan pilihan raya lebih awal.
Justin Trudeau sebelum ini memegang jawatan sebagai perdana menteri sejak 2015.

Sumber : Bernama/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.