Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mariupol terpaksa semadikan mayat di tepi jalan

Anggaran Waktu Membaca:
Mariupol terpaksa semadikan mayat di tepi jalan

Orang ramai membantu satu sama lain meninggalkan hospital kanak-kanak yang terkena serangan udara Rusia di Mariupol, Ukraine. (Gambar: National Police of Ukraine/AFP)

MARIUPOL: Andrei sedang sibuk mengendalikan urusan persemadian mayat jirang tetangganya di sebuah tanah perkuburan sementara di tepi jalan raya, bertentangan dengan sebuah blok apartmen yang musnah akibat dibom.

Natalia pula fikiran tentang sama ada rumah miliknya masih lagi berdiri teguh, manakala sebuah keluarga bimbang memikirkan sama ada bekalan makanan yang semakin hari semakin berkurangan dapat bertahan.

Ahad (20 Mac) menandakan satu lagi hari mengerikan dan mengelirukan di Mariupol, iaitu sebuah bandar pelabuhan di bahagian timur Ukraine. Kawasan itu antara yang paling teruk dibedil dan diserang sejak Rusia memulakan pencerobohannya pada 24 Februari.

Andrei berkata bahawa jiran-jirannya yang terkorban tidak terbunuh akibat dibedil Rusia. Sebaliknya, mereka terkorban kerana penyakit yang semakin memburuk dek tekanan setelah berminggu-minggu tidak menerima bantuan perubatan.

"Pengeboman itu tidak membunuh mereka...sebaliknya, semua ini - keadaan di besmen, kurang kegiatan fizikal, tekanan dan kesejukan," kata beliau.

Di kawasan berhampiran, beberap mayat dilihat ditutup selimut-selimut kotor. Sebahagian orang melintas jalan dan membawa barangan peribadi mereka di dalam beg plastik atau kadbod. Seorang budak lelaki menolak troli pasar raya melalui kereta yang diletupkan.

Andrei berkata beliau dan kawan-kawanya dinasihatkan oleh tentera Ukraine supaya menyimpan mayat di kawasan besmen yang sejuk. Namun ia sudahpun sesak dengan orang ramai yang berlindung daripada tembakan dan serangan peluru berpandu Rusia.

"SEMUANYA MUSNAH"

Kira-kira 400,000 orang terperangkap di Laut Azov selama lebih dua minggu, dengan kekurangan bekalan air, makanan, alat pemanas dan tenaga elektrik, menurut pihak berkuasa tempatan.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata pada Sabtu (19 Mac) bahawa pencerobohan Rusia terhadap bandar Mariupol adalah "keganasan yang akan diingati selama berabad-abad akan datang".

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan