Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Marcos arah bantuan ke kawasan dilanda taufan Noru, lima dilaporkan maut

Anggaran Waktu Membaca:
BULACAN, FILIPINA: Pihak berkuasa Filipina pada Isnin (26 Sep) bergeas untuk mengagihkan bantuan kepada ribuan mangsa yang dipindahkan akibat taufan Noru di ibu kota dan wilayah utara, mengakibatkan sekirang-kurangnya lima terkorban dan banyak kawasan mengalami banjir.

Angin berkelajuan 185 kilometer sejam melanda pulau utama Luzon pada hujung minggu, menyebabkan pihak berkuasa menutup sekolah, pejabat pemerintah dan pasaran saham sehingga Isnin.

Presiden Filipina, Ferdinand Marcos mengarahkan bekalan bantuan segera diterbangkan, sementara peralatan pembersihan disediakan kepada masyarakat yang paling teruk terjejas.

"Kita akan berhenti agihkan bantuan apabila majoriti penduduk sudah pulang ke rumah," katanya pada sidang media bersama pegawai pengurusan bencana, pada Isnin merujuk kepada 74,000 penduduk yang terpaksa dibawa ke pusat pemindahan sementara akibat ribut.

Luzon, pulau yang menyumbang dua pertiga daripada hasil ekonomi, mempunyai separuh daripada 110 juta penduduk Filipina, memulakan operasi pembersihan susulan banjir mula surut, kata pegawainya.

Lima pekerja penyelamat terbunuh di wilayah Bulacan, kata Gabenor Daniel Fernando kepada stesen radio DZMM, di mana penduduk dilihat mengharungi air bah separas pinggang manakala sebahagiannya terkandas di atas bumbung.

"Banyak rumah musnah tetapi semua jalan boleh dilalui dan tiada tanah runtuh," kata Gabenor wilayah Quezon, Helen Tan kepada stesen radio DZRH.

Presiden Marcos, yang akan menjalankan pemeriksaan dari udara pada Isnin, turut mengarahkan pegawai untuk menyediakan bekalan tenaga kecemasan ke dua wilayah di utara ibu kota, Aurora dan Nueva Ecija, yang terputus bekalan elektrik.
Sumber : Agensi berita/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan