Mantan Wanita Pertama Amerika, Rosalynn Carter meninggal dunia pada usia 96 tahun
Anggaran Waktu Membaca:

Mantan Wanita Pertama Amerika, Rosalynn Carter. (Gambar: AP)
ATLANTA: Mantan Wanita Pertama Amerika Syarikat, Rosalynn Carter, isteri kepada Presiden Amerika ke-39 Jimmy Carter menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun.
Pertubuhan hak asasi manusia yang diasaskan oleh Cik Carter mengesahkan berita pemergian mendiang.
Pada Mei lalu, Cik Carter disahkan menghidap penyakit demensia.
Sebelum ini, media melaporkan mendiang dimasukkan ke pusat jagaan di Georgia pada Jumaat (17 Nov) untuk menghabiskan masa bersama suaminya yang kini berusia 99 tahun, yang juga telah berada di pusat jagaan itu sejak Februari.
“Mantan Wanita Pertama Rosalynn Carter, yang juga merupakan aktivis kesihatan mental, penjagaan dan hak wanita, meninggal dunia pada Ahad, 19 November, pada 2.10 petang.
“Mendiang Cik Carter meninggal dunia di rumahnya di Plains, Georgia, pada usia 96 tahun di sisi keluarganya,” ujar kenyataan itu.
Usia pernikahan pasangan tersebut mencecah 77 tahun dan merupakan pasangan presiden yang paling lama berkahwin.
Selain suami, mendiang Cik Carter juga meninggalkan empat orang anak iaitu Jack, Chip, Jeff dan Amy selain 11 cucu dan 14 cicit.
Mendiang memainkan peranan penting termasuk memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak, serta penyokong kuat kesihatan mental menerusi badan amal Pusat Carter.
Beliau merupakan sebahagian daripada misi rasmi pindaan hak sama rata Perlembagaan Amerika Syarikat untuk memastikan layanan adil terhadap wanita di bawah undang-undang negara itu.

Sumber : AP/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.