Mantan Timbalan Menteri Tenaga Kerja Indonesia dihukum penjara 4.5 tahun dalam kes rasuah
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail. (Gambar: AFP)
JAKARTA: Mantan Timbalan Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Immanuel Ebenezer Gerungan atau Noel, dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun enam bulan dalam kes rasuah berkaitan pengurusan pensijilan Keselamatan dan Kesihatan Kerja (K3).
“Menjatuhkan hukuman kepada tertuduh Immanuel Ebenezer Gerungan dengan penjara selama empat tahun dan enam bulan,” kata hakim di Mahkamah Tindak Pidana Korupsi (Tipikor) pada Khamis (4 Jun), seperti dinukil Kompas.
Selain itu, Noel turut dikenakan denda sebanyak 200 juta rupiah (S$14,240).
Jika gagal membayar, harta miliknya boleh disita dan dilelong bagi menjelaskan denda tersebut.
Hakim turut menjatuhkan hukuman tambahan berupa pembayaran wang pengganti sebanyak 3.4 bilion rupiah (S$242,080).
Hakim turut menyentuh mengenai wang sebanyak 3 bilion rupiah (S$213,600) yang dipulangkan Noel kepada Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK).
Wang itu akan diambil kira sebagai sebahagian daripada pembayaran wang pengganti.
Mendengar keputusan tersebut, Noel terus menyatakan penerimaannya terhadap keputusan panel hakim.
Beliau berkata sejak awal perbicaraan lagi, dia sudah mengakui kesalahan yang dilakukannya.
“Terima kasih, Yang Arif. Sejak awal saya konsisten mengakui kesalahan saya, dan saya menganggap hukuman yang diberikan oleh panel hakim adalah setimpal dengan kesalahan yang saya lakukan,” kata Noel di hadapan mahkamah.
Noel menegaskan bahawa beliau tidak akan mengemukakan sebarang rayuan dan memilih untuk menerima keputusan mahkamah.
“Jadi dengan ini saya menerima keputusan tersebut, Yang Arif,” katanya.
Sebelum ini, pihak pendakwa raya menuntut Noel dihukum penjara selama lima tahun dalam kes rasuah yang menjeratnya.
Selain hukuman penjara, beliau turut dituntut membayar denda 250 juta rupiah (S$17,800) serta wang pengganti sebanyak 1.4 bilion rupiah (S$102,170).
Dalam prosiding pembacaan tuntutan, pendakwa raya menyatakan Noel terbukti melakukan jenayah rasuah seperti yang didakwa.
Pendakwa turut berpendapat terdapat faktor yang memberatkan hukuman kerana tertuduh dianggap tidak menyokong usaha pemerintah untuk mewujudkan pentadbiran yang bersih daripada rasuah, pakatan sulit dan nepotisme.
Namun, faktor yang meringankan ialah Noel mengakui perbuatannya dan sudah memulangkan sebahagian wang hasil jenayah rasuah tersebut.
Dalam kes ini, Noel didakwa menerima wang sebanyak 4.4 bilion rupiah (S$315,770).
Daripada jumlah itu, Rp3 bilion telah dipulangkan ke akaun simpanan KPK, menjadikan baki wang pengganti yang perlu dibayar sebanyak 1.4 bilion rupiah.
Pendakwa turut menyatakan bahawa jika wang pengganti tersebut gagal dibayar, Noel boleh dikenakan hukuman tambahan berupa penjara selama dua tahun.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.