Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan Timbalan Ketua UMNO buat aduan polis berkait surat sokong Anwar Ibrahim sebagai PM M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Timbalan Ketua UMNO buat aduan polis berkait surat sokong Anwar Ibrahim sebagai PM M'sia

Mantan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Faisal Ismail Aziz. (Gambar: Bernama)

PUTRAJAYA: Mantan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Faisal Ismail Aziz meminta pihak polis menyiasat kesahihan kandungan surat yang mendakwa 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Beliau berkata surat itu yang tular pada Rabu (23 Nov) didakwa daripada Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong , Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Surat bertarikh 22 November 2022 yang menggunakan kepala surat BN itu turut didakwa ditandatangani Ahmad Zahid.

"Memang patut surat itu disiasat sebagai cubaan menipu dan menghina Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada para wartwan selepas membuat aduan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, pada Rabu.

Encik Faisal berkata surat yang kononnya dihantar kepada Al-Sultan Abdullah itu menyusuli hasil keputusan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN, semalam (22 Nov).

Beliau berkata, bagaimanapun, ahli Dewan Tertinggi BN termasuk Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob menafikan bahawa ada sokongan terhadap mana-mana pihak.

"Tiada sebarang keputusan yang berubah selain keputusan menjadi pihak yang berkecuali," katanya.

Encik Faisal berkata Ahmad Zahid mesti bertanggungjawab atas kandungan surat itu yang jelas sudah membelakangi bukan sahaja keputusan Dewan Tertinggi BN tetapi keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO iaitu 'No Anwar, No DAP'.
Ditanya sama ada aduan dibuat kepada MKT berhubung surat itu, Encik Faisal berkata beliau berharap MKT dapat mengusulkan untuk mengambil tindakan displin terhadap Ahmad Zahid kerana melanggar serta membelakangkan keputusan parti.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan