Mantan Putera Andrew harus beri keterangan kepada Kongres mengenai hubungan dengan Epstein: PM Britain
Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, berkata pada Sabtu (31 Jan) bahawa mantan Putera Andrew harus memberi keterangan di hadapan jawatankuasa kongres Amerika Syarikat, menyusuli pendedahan baharu tentang hubungan Andrew dengan mendiang pembiaya kewangan dan pesalah seks, Jeffrey Epstein.
Fail baharu berkaitan Epstein yang diterbitkan oleh jabatan keadilan Amerika pada Jumaat (30 Jan) termasuk emel yang menunjukkan adik Raja Charles sering berhubung dengan Epstein selama lebih dua tahun selepas dia didapati bersalah atas jenayah seks kanak-kanak.
Fail-fail itu juga termasuk gambar yang kelihatan menunjukkan Andrew menyentuh pinggang seorang wanita yang tidak dikenali, yang sedang baring di lantai. Wajahnya digelapkan dalam gambar yang disunting itu.
Raja Charles III melucutkan gelaran putera daripada adiknya dan mengusirnya dari rumah agamnya di kawasan Istana Windsor pada bulan November, menyusuli pendedahan sebelumnya tentang hubungannya dengan Epstein.
ANDREW NAFI ADA HUBUNGAN SELEPAS EPSTEIN SABIT KESALAHAN
Mantan putera berusia 65 tahun itu kini menggunakan nama keluarga Andrew Mountbatten-Windsor.
Dia menafikan salah laku berkaitan dengan Epstein dan sebelum ini menafikan ada hubungan dengan pembiaya kewangan itu selepas Epstein sabit kesalahan pada 2008, selain mengadakan lawatan ke New York pada 2010 untuk menamatkan hubungan mereka.
Dia enggan menjawab pertanyaan Reuters untuk memberi komen tentang pendedahan terbaharu itu. Istana Buckingham juga enggan mengulas.
PM Starmer, yang bercakap kepada wartawan di dalam pesawat ke Jepun selepas lawatan empat hari ke China, sambil berkata mantan putera itu harus tampil di hadapan penggubal undang-undang Amerika untuk menjelaskan segala yang dia tahu tentang Epstein bagi membantu mangsanya.
"Sesiapa yang mempunyai maklumat harus bersedia untuk berkongsi maklumat itu dalam apa jua bentuk yang diminta untuk mereka berbuat demikian," kata PM Starmer. "Anda tidak boleh bantu mangsa jika anda tidak bersedia untuk berbuat demikian."
Pada bulan November, ahli jawatankuasa kongres Amerika yang menyiasat kes Epstein menegaskan gesaan mereka agar Andrew menjawab soalan.
Epstein meninggal dunia akibat bunuh diri pada 2019 di penjara Manhattan semasa menunggu perbicaraan atas tuduhan pemerdagangan seks.
Dia dihukum penjara pada 2008 kerana meminta seks berbayar daripada seseorang yang bawah umur.
Fail-fail tersebut menunjukkan Andrew sering berhubung dengan Epstein selepas dia sabit kesalahan, termasuk membincangkan perjanjian perniagaan dan pertemuan sosial.
Dalam beberapa emel, Epstein dan Andrew membincangkan wanita yang ingin dihubunginya dengan putera itu.
Dalam satu emel, Epstein menawarkan untuk membawa tiga wanita ke Istana Buckingham.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.