Mantan Presiden Suharto antara 10 tokoh diberi gelaran Pahlawan Nasional
Indonesia menganugerahkan gelaran Pahlawan Nasional kepada mantan Presiden Suharto pada Isnin (10 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Indonesia menganugerahkan gelaran Pahlawan Nasional kepada mantan Presiden Suharto pada Isnin (10 Nov).
Beliau digulingkan pada 1998 susulan tunjuk perasaan ganas yang menamatkan pemerintahannya selama tiga dekad, satu tempoh yang dicemari oleh dakwaan pelanggaran hak asasi manusia secara besar-besaran, rasuah dan nepotisme.
Anugerah itu disampaikan dalam satu upacara yang dipengerusikan oleh Presiden Prabowo Subianto, bekas menantu Encik Suharto, meskipun berdepan bantahan daripada para aktivis prodemokrasi dan keluarga mangsa yang terkesan di bawah pemerintah kuku besi mantan Presiden Suharto.
Encik Prabowo memegang jawatan sebagai presiden sejak setahun lalu.
“Tokoh ternama dari wilayah Jawa Tengah, pahlawan perjuangan kemerdekaan, Jeneral Suharto menonjol sejak era kemerdekaan,” kata juruacara ketika Encik Prabowo menyerahkan anugerah tersebut kepada anak perempuan dan anak lelaki Encik Suharto.
Indonesia memperoleh kemerdekaan pada 1945 daripada kuasa penjajah ketika itu, Belanda dan Jepun.
Setiap tahun, gelaran Pahlawan Nasional diberikan kepada rakyat Indonesia yang memberi sumbangan besar terhadap pembangunan negara kepulauan Asia Tenggara itu.
Encik Suharto, yang meninggal dunia pada 2008, merupakan antara 10 individu yang menerima anugerah tersebut pada Isnin.
Encik Suharto, seorang pegawai tentera, secara rasmi menjadi presiden Indonesia pada 1967 selepas mengambil alih kuasa daripada presiden pertama Indonesia merangkap pemimpin kemerdekaan negara itu, Sukarno.
Beliau memimpin Indonesia selama tiga dekad di mana negara itu menyaksikan pertumbuhan ekonomi pesat dan kestabilan, namun kebanyakan daripada hasil usahanya musnah apabila negara dilanda kegawatan semasa krisis kewangan Asia antara 1997 dan 1998.
Pada pagi Isnin, sebelum upacara berlangsung, seorang wartawan Reuters melihat potret Encik Suharto dipamerkan bersama gambar sembilan penerima lain gelaran Pahlawan Nasional di Istana Negara, Jakarta.
Dalam potret itu, Encik Suharto mengenakan pakaian seragam tenteranya.
Gambar beliau diletakkan di barisan hadapan, antara potret mantan presiden Abdurrahman Wahid - yang lebih dikenali sebagai Gus Dur - serta aktivis buruh Marsinah, yang diculik dan dibunuh semasa pemerintahan Encik Suharto.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.