Skip to main content

Dunia

Mantan presiden Sri Lanka dibenarkan masuk Thailand

Seperti yang diminta oleh pemerintah Sri Lanka, mantan presiden Gotabaya Rajapaksa boleh masuk ke Thailand tetapi hanya untuk tempoh sementara waktu.

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan presiden Sri Lanka dibenarkan masuk Thailand

Encik Gotabaya Rajapaksa. (Gambar: AFP/Lakruwan Wanniarachchi)

Diterbitkan : 10 Aug 2022 11:07PM Dikemas Kini : 10 Aug 2022 11:13PM
BANGKOK: Mantan Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa boleh masuk ke Thailand seperti yang diminta oleh pemerintah negaranya tetapi untuk tempoh sementara.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Jurucakap Kementerian Luar Thailand Tanee Sangrat, dalam satu kenyataan, berkata pertimbangan untuk membenarkan Encik Rajapaksa masuk adalah berdasarkan hubungan mesra yang sudah lama terjalin antara kedua-dua negara.

“Sebagai pemegang pasport diplomatik Sri Lanka, mantan presiden (Rajapaksa) boleh masuk ke Thailand tanpa visa untuk tempoh 90 hari, mengikut Perjanjian Pengecualian Visa 2013 antara Thailand dengan Sri Lanka.

“Beliau boleh tinggal sementara dengan tujuan perjalanan seterusnya. Tidak ada permohonan suaka politik,” katanya ketika diminta mengulas laporan mengenai pergerakan Encik Rajapaksa ke Thailand dari Singapura.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan bila Encik Rajapaksa akan tiba tetapi media tempatan melaporkan beliau dijangka tiba di Thailand pada Khamis (11 Ogos).

Thailand akan menjadi negara persinggahan sementara kedua Encik Rajapaksa di Asia Tenggara.

Mantan presiden itu melarikan diri dari Sri Lanka ke Singapura pada 14 Julai melalui Maldives, di tengah-tengah bantahan besar-besaran terhadap krisis ekonomi terburuk yang melanda negara pulau itu dalam tempoh tujuh dekad.

Bulan lalu, Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa Encik Rajapaksa dibenar masuk ke Singapura atas kapasiti "lawatan peribadi".

Jurucakap MFA Singapura berkata Encik Rajapaksa tidak meminta perlindungan suaka dan tidak diberikan sebarang suaka.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita