Mantan Presiden Pakistan Pervez Musharraf meninggal dunia
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Emilio Morenatti/AP Photo
DUBAI: Mantan Presiden Pakistan Pervez Musharraf dilapor meninggal dunia pada Ahad (5 Feb) di sebuah hospital di Dubai akibat sakit berpanjangan.
Memetik laporan Al Jazeera, pemergian Encik Pervez pada usia 79 tahun disahkan oleh sumber tentera.
Mantan jeneral tentera itu dilapor menghidap amyloidosis yang menyebabkan kerosakan pada bahagian organ.
Turut difahamkan bahawa Encik Pervez sudah lama terlantar dan berkerusi roda.
Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh media tentera, kakitangan kanan tentera dilaporkan menyampaikan ucapan "takziah" atas pemergian Encik Pervez.
“Semoga Allah merahmati Allahyarham dan memberikan kekuatan kepada keluarganya," lapor Al Jazeera.
Pada 2019, Mahkamah Anti Keganasan Pakistan menjatuhkan hukuman mati ke atas Encik Pervez atas tuduhan mengkhianat dan mencemarkan perlembagaan negara itu.
Encik Pervez meninggalkan isterinya, Sehba Musharraf dan dua cahaya mata.
Allahyarham merupakan seorang jeneral empat bintang dan memerintah Pakistan selama hampir sedekad.
Beliau mengambil alih tampuk pemerintahan pada 12 Oktober 1999 dengan menyisihkan Encik Nawaz Sharif yang ketika itu menjadi Perdana Menteri.
Pada 18 Ogos 2008, beliau meletak jawatan sebagai Presiden Pakistan setelah mengalami tekanan oleh pemerintah campuran.
Beliau kemudian memilih untuk tinggal di London selama empat tahun sebelum kembali ke Pakistan pada 24 Mac 2013 bagi menyertai pilihan raya.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.