Mantan Presiden Korea Selatan Yoon keluar dari PPP, gesa sokongan bagi calon partinya
Mantan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, mengumumkan bahawa beliau akan keluar daripada Parti Kuasa Rakyat Korea (PPP), menerusi satu catatan di Facebook pada Sabtu (17 Mei).
Mantan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, tiba untuk menghadiri perbicaraannya di Mahkamah Daerah Pusat Seoul, pada 12 Mei 2025. (Gambar fail: Reuters/Ahn Young-joon)
Pengumuman tersebut dibuat sedang calon presiden PPP, Kim Moon-soo, ketinggalan jauh dalam satu tinjauan pendapat oleh Gallup Korea. Beliau hanya meraih 29 peratus sokongan, berbanding 51 peratus untuk calon Parti Demokratik, Lee Jae-myung.
Pilihan raya Presiden negara tersebut dijadual berlangsung pada 3 Jun.
Encik Yoon sebelum ini dipecat kerana mengisytiharkan undang-undang tentera di negara itu pada Disember lalu.
Justeru, anggota-anggota partinya mendesak agar beliau berundur daripada parti itu. Ini diharap dapat membantu PPP meraih semula sokongan pengundi berpendirian sederhana.
“Saya keluar daripada Parti Kuasa Rakyat untuk menunaikan tanggungjawab saya dalam melindungi Republik Korea yang bebas ... Saya mohon agar anda semua memberi sokongan kepada Kim Moon-soo,” kata Encik Yoon dalam catatan facebooknya, yang merujuk kepada nama rasmi Korea Selatan.
Kedua-dua calon presiden, Encik Lee dan Encik Kim, dijadual bersemuka dalam debat televisyen pertama mereka pada Ahad.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.