Mantan presiden Korea Selatan dikenakan tuduhan tambahan
Pendakwa khas Korea Selatan pada Isnin (10 Nov) mendakwa mantan Presiden Yoon Suk Yeol atas tuduhan tambahan kerana menyalahgunakan kuasa dan membantu negara seteru, berhubung tindakannya mengisytiharkan undang-undang tentera darurat pada tahun lalu.
Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Pendakwa khas Korea Selatan pada Isnin (10 Nov) mendakwa mantan Presiden Yoon Suk Yeol atas tuduhan tambahan kerana menyalahgunakan kuasa dan membantu negara seteru, berhubung tindakannya mengisytiharkan undang-undang tentera darurat pada tahun lalu.
Jurucakap pendakwa itu berkata Yoon cuba mencetuska konflik ketenteraan antara Korea Selatan dan Korea Utara supaya beliau mengisytiharkan undang-undang tentera darurat, sambil menukil bukti yang ditemui dalam telefon bimbit seorang pegawai tentera yang mengandungi kata-kata yang mencadangkan potensi provokasi terhadap Korea Utara, seperti "dron" dan "serangan bersasar".
Menurut nota tersebut, Yoon, bekas menteri pertahanan Kim Yong-hyun dan bekas ketua risikan tentera Yeo In-hyung didakwa merancang untuk mencetuskan serangan daripada Korea Utara terhadap Korea Selatan, kata jurucakap berkenaan.
Ketiga-tiganya dilaporkan mahu mencetuskan ketegangan dalam negara sebagai alasan bagi Yoon untuk mengisytiharkan darurat tentera, tambahnya.
Kim dan Yeo turut didakwa atas tuduhan tambahan yang sama, menurut pihak pendakwa.
Pasukan pendakwa khas itu menuduh Yoon dan pegawai tenteranya mengarahkan operasi rahsia menggunakan dron ke wilayah Korea Utara bagi mencetuskan ketegangan antara kedua-dua negara dan mewajarkan pengisytiharan darurat tentera oleh Yoon.
Pada Oktober 2024, Korea Utara mendakwa Korea Selatan menghantar beberapa dron untuk menyebarkan risalah anti-Pyongyang, dan menerbitkan gambar bangkai dron tentera Korea Selatan yang terhempas.
Ketika itu, Korea Selatan enggan mengulas sama ada dron-dron tersebut dihantar oleh tenteranya.
Yoon dan Kim menafikan bahawa pengisytiharan undang-undang tentera tentera itu bertujuan menjejaskan kepentingan negara.
Yeo pula dilaporkan menyatakan penyesalan kerana tidak menentang arahan Yoon, menurut laporan media tempatan. Jurucakap pendakwa berkata Yeo memberikan alasan yang tidak masuk akal berhubung nota yang ditemui dalam telefon bimbitnya.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.