Mantan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono kian beransur pulih, melukis semula di hospital
Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono melukis di bilik hospital. (Gambar: Instagram/aniyudhoyono)
JAKARTA: Mantan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono yang kini menjalani rawatan di Hospital Tentera Gatot Soebroto di Jakarta Pusat, dilaporkan menunjukkan perkembangan positif dan sudah mula melukis semula di bilik rawatannya.
Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram rasmi beliau, walaupun tangan kanannya masih dipasang titisan intravena, beliau masih boleh berkarya menggunakan tangan kiri untuk melukis.
“Set alat lukis telah disediakan di bilik hospital pagi ini... beliau memegang berus dan melukis sepenuh jiwa menggabungkan warna. Ia satu detik yang menyentuh hati,” menurut catatan itu pada Sabtu (19 Jul).
Lukisan yang sedang dihasilkan turut dikongsi dalam catatan Instagram tersebut, namun belum siap sepenuhnya kerana masih perlu diperkemas dan akan dikongsikan kemudian.
Kenyataan itu juga memohon doa orang ramai agar Dr Yudhoyono, yang meminati seni, muzik dan puisi, segera pulih dan dapat menjalankan rutin harian.
Jurucakap Parti Demokratik, Herzaky Mahendra Putra, mengesahkan rawatan yang diterima Dr Yudhoyono, namun sehingga kini belum ada sebarang kenyataan rasmi terperinci mengenai jenis penyakit yang dihadapi beliau.
Presiden Indonesia keenam itu, berusia 75 tahun, dilahirkan di Pacitan, Jawa Timur, memerintah dari 2004 hingga 2014 dan merupakan presiden pertama yang dipilih terus oleh rakyat menerusi pilihan raya presiden.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.