Mantan Presiden Filipina Duterte diberkas atas waran ICC berkait 'perang dadah'
Anggaran Waktu Membaca:
Mantan presiden Filipina Rodrigo Duterte. (Gambar: AP Photo/Vernon Yuen)
- Polis Filipina pada Selasa (11 Mac) menguatkuasakan waran tangkap Interpol daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap mantan presiden Rodrigo Duterte setibanya beliau di lapangan terbang Manila dan kini sedang ditahan.
- ICC sebelum ini menjalankan siasatan ke atas jumlah besar orang yang dibunuh oleh polis dan lelaki-lelaki bersenjata di bawah tindakan keras mantan presiden itu terhadap dadah haram, yang menyebabkan kematian ribuan orang yang kebanyakannya suspek miskin.
- "Perang dadah" Encik Duterte merupakan dasar yang utama beliau selepas menyandang jawatan presiden pada 2016 setelah kempen membanteras jenayah berikrar untuk membunuh para penjual narkotik.
- Meskipun Encik Duterte kemudian menarik Filipina keluar dari ICC, pemerintah di bawah pemimpin baharu Ferdinand Marcos menyatakan bahawa Encik Duterte boleh diekstradisi.
MANILA: Polis Filipina pada Selasa (11 Mac) menguatkuasakan waran tangkap Interpol daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap mantan presiden Rodrigo Duterte setibanya beliau di lapangan terbang Manila dan kini sedang ditahan.
Demikian menurut pejabat presiden Filipina.
Encik Duterte berada di Hong Kong dan tiba di lapangan terbang Manila pada Selasa pagi.
Pada Isnin (10 Mac) beliau Encik Duterte berkata beliau bersedia ditangkap jika ICC mengeluarkan waran.
Spekulasi memuncak pada Ahad (9 Mac) bahawa lawatan Encik Duterte tanpa sebarang pengumuman ke bandar itu menandakan beliau mungkin cuba mengelak kemungkinan diberkas berkait tindakan tegasnya membanteras isu dadah semasa beliau berkuasa.
ICC sebelum ini menjalankan siasatan ke atas jumlah besar orang yang dibunuh oleh polis dan lelaki-lelaki bersenjata di bawah tindakan keras mantan presiden itu terhadap dadah haram, yang menyebabkan kematian ribuan orang yang kebanyakannya suspek miskin.
"Perang dadah" Encik Duterte merupakan dasar yang utama beliau selepas menyandang jawatan presiden pada 2016 setelah kempen membanteras jenayah berikrar untuk membunuh para penjual narkotik.
Kumpulan hak asasi manusia mendakwa bahawa polis Filipina dan individu-individu di bawah arahan polis membunuh suspek dadah yang tidak bersenjata dalam jumlah yang besar di bawah pemantauan Encik Duterte. Ini dakwaan yang dinafikan pihak berkuasa.
Meskipun Encik Duterte kemudian menarik Filipina keluar dari ICC, pemerintah di bawah pemimpin baharu Ferdinand Marcos menyatakan bahawa Encik Duterte boleh diekstradisi.

Sumber : Agensi berita/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.