Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan presiden Filipina Benigno Aquino meninggal dunia pada usia 61 tahun

Mantan Presiden Filipina, Benigno Aquino III, meninggal dunia akibat sakit jantung di sebuah hospital di Manila hari ini (24 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan presiden Filipina Benigno Aquino meninggal dunia pada usia 61 tahun

Mantan Presiden Filipina, Benigno Aquino. (Gambar: Dondi Tawatao/REUTERS)

Diterbitkan : 24 Jun 2021 02:58PM Dikemas Kini : 24 Jun 2021 02:59PM

MANILA: Mantan Presiden Filipina, Benigno Aquino III, meninggal dunia akibat sakit jantung di sebuah hospital di Manila hari ini (24 Jun).

Berusia 61 tahun, Encik Aquino menjadi Presiden Filipina dari tahun 2010 hingga 2016.

Mendiang adalah anak lelaki tunggal pemimpin pembangkang, Benigno Aquino Jr, dan mantan Presiden, Corazon Aquino.

Semasa menjadi Presiden, mendiang dikenali kerana usaha giat pentadbirannya untuk membasmi rasuah yang berpanjangan di Filipina. Hasilnya, beberapa pegawai kanan pemerintah termasuk mantan Presiden Gloria Arroyo dikenakan pertuduhan rasuah.

Pentadbiran Encik Aquino juga berjaya mencapai perjanjian damai dengan kumpulan pemberontak Muslim terbesar Filipina, Barisan Pembebasan Islam Moro.

Di satu pihak yang lain, pemerintah Encik Aquino antara lain dibidas berhubung satu operasi polis yang gagal pada tahun 2015 hingga menyebabkan 44 anggota komando terbunuh.

Pentadbiran mendiang juga dibidas berhubung program imunisasi kepada lebih 800,000 murid sekolah pada tahun 2016 meskipun terbukti mempunyai kesan sampingan.

Sungguhpun berjaya menangani rasuah semasa bergelar presiden, imej bersih Encik Aquino dicemari skandal salah guna dana awam oleh para penggubal dasar negara itu. 

Sumber : Reuters/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan