Mantan Presiden AS Bill Clinton dimasukkan ke hospital
Mantan Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton dimasukkan ke hospital di California pada Selasa (12 Okt) disyaki akibat jangkitan darah, lapor CNN pada Khamis (14 Okt).

(Gambar: AP)
WASHINGTON: Mantan Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton dimasukkan ke hospital di California pada Selasa (12 Okt) disyaki akibat jangkitan darah, lapor CNN pada Khamis (14 Okt).
CNN menyatakan Clinton, 75 tahun, berada dalam unit jagaan rapi khusus untuk memberi privasi kepadanya dan beliau tidak menggunakan sebarang peralatan pernafasan, menurut para doktor yang merawat mantan presiden itu di Pusat Perubatan Irvine Universiti California.
Keadaannya tidak berkaitan dengan masalah jantung yang dihidapi sebelum ini atau COVID-19, menurut CNN.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.