Mantan Presiden Amerika Joe Biden jalani terapi radiasi bagi rawatan barah prostat
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Amerika Joe Biden. (Gambar fail: Reuters/Tom Brenner)
WASHINGTON: Mantan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, kini menjalani terapi radiasi sebagai sebahagian daripada rawatan terhadap barah prostat, dedah jurucakap beliau.
Jurucakap itu turut memaklumkan bahawa Encik Biden yang bakal menyambut hari lahir ke-83 bulan depan juga menerima rawatan hormon, namun tidak memperincikan butiran lanjut mengenai kaedah tersebut.
Menurut laporan NBC News, rawatan radiasi itu dijangka berlangsung selama lima minggu, sekali gus menandakan fasa baharu dalam pelan rawatan Encik Biden.
Pada Mei lalu, pejabat Encik Biden mengumumkan, beliau disahkan menghidap barah prostat dalam bentuk agresif yang sudah merebak ke tulang.
Penemuan itu dibuat selepas beliau mengalami gejala berkaitan sistem kencing, dan doktor menemui ketulan kecil pada prostatnya.
Pejabatnya ketika itu menjelaskan, Encik Biden disahkan menghidap barah prostat dengan skor Gleason 9 (Kumpulan Gred 5) dan metastasis pada tulang.
“Walaupun ini menunjukkan bentuk penyakit yang lebih agresif, barah itu didapati sensitif terhadap hormon, sekali gus membolehkan rawatan dijalankan dengan berkesan,” menurut kenyataan pejabatnya.
Skor Gleason 9 menandakan penyakit itu tergolong dalam kategori berisiko tinggi, dengan sel barah berpotensi merebak dengan cepat.
Sumber rapat kepada Encik Biden memberitahu rakan media BBC, CBS News, bahawa mantan Presiden itu berada dalam keadaan baik dan memberi respons positif terhadap rawatan, manakala satu lagi sumber memaklumkan terapi radiasi itu bermula beberapa minggu lalu di Philadelphia.
Encik Biden meninggalkan Rumah Putih pada Januari lalu sebagai Presiden tertua dalam sejarah Amerika Syarikat.
Isu kesihatan beliau sering menjadi perbincangan sepanjang penggal pertamanya, hingga akhirnya membawa kepada keputusan untuk tidak meneruskan pencalonan semula dalam Pilihan Raya Presiden 2024.
Mantan Naib Presidennya, Kamala Harris, bertanding sebagai calon Demcrat tetapi kalah kepada penyandang kini, Donald Trump.
Encik Biden sebelum ini kehilangan anak sulungnya, Beau Biden, akibat barah otak pada 2015.
Beliau juga pernah menjalani rawatan barah kulit sebanyak dua kali, masing-masing pada 2023 dan 2025.

Pada Mei lalu, beliau tampil dalam temu bual pertamanya bersama BBC sejak meninggalkan Rumah Putih dan mengakui bahawa keputusan untuk berundur daripada saingan pilihan raya adalah “satu keputusan yang sukar.”
Menurut Persatuan Barah Amerika, kanser prostat merupakan barah kedua paling lazim dalam kalangan lelaki, selepas barah kulit.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.