Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan PM Thai Thaksin layak dapat pembebasan bersyarat pada Feb

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan PM Thai Thaksin layak dapat pembebasan bersyarat pada Feb

Mantan PM Thailand Thaksin Shinawatra mohon pengampunan diraja. (Gambar: AFP/Manan VATSYAYANA)


BANGKOK: Mantan Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra berkemungkinan akan dibebaskan atas parol atau pembebasan bersyarat seawal hujung Februari nanti. Ini setelah hukuman penjaranya dikurangkan daripada lapan tahun kepada setahun.

Demikian menurut seorang pegawai kanan pembetulan pada Isnin (18 Sep).

Tokoh politik yang terkenal di Thailand itu kembali ke tanah air bulan lalu, 15 tahun selepas hidup dalam buangan.

Beliau digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006. Sedang beliau berada di luar negara, Encik Thaksin didapati bersalah tanpa kehadiran dalam tiga kes melibatkan penyalahgunaan kuasa, konflik kepentingan dan salah laku.

Kepulangannya ke Thailand itu berlaku serentak dengan penamaan sekutunya Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu, selepas negara itu berbulan-bulan berada dalam keadaan politik yang tidak menentu berikutan pilihan raya yang berlangsung pada Mei lalu.

Pilihan raya itu menyaksikan kekalahan parti protentera yang memerintah.

Pada malam pertamanya di Thailand, Encik Thaksin dipindahkan ke sebuah hospital polis gara-gara sakit dada dan tekanan darah tinggi yang dialaminya, di mana beliau sedang dirawat.


Beberapa hari kemudian, Raja Maha Vajiralongkorn mengurangkan hukuman penjara daripada lapan tahun kepada setahun, tetapi beliau boleh dibebaskan lebih awal.

"Setelah menjalani hukuman selama enam bulan, Encik Thaksin akan layak mendapatkan parol bagi banduan yang berusia 70 tahun ke atas atau mereka yang sakit," kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembetulan, Sitthi Sutivong kepada agensi berita Reuters.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan