Mantan PM Thai Thaksin jalani pembedahan minggu lalu
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Isaac Lawrence / AFP)
BANGKOK: Mantan Perdana Menteri Thailand Thanksin Shinawatra yang dipenjara menjalani pembedahan minggu lalu, kata anak perempuannya pada Selasa (19 Sep).
Ini sedang keluarganya berfikir untuk memohon supaya Encik Thaksin dibebaskan atas parol.
Hartawan 74 tahun itu digulingkan oleh rampasan kuasa tentera pada 2006 dan hidup dalam buangan lebih 15 tahun.

Beliau dipindahkan ke sebuah bilik privet di hospital polis disebabkan kesihatannya yang tidak baik.
Pada awal bulan ini, Raja Thailand mengurangkan hukuman penjara lapan tahunnya kepada setahun.

"Ayah saya menjalani pembedahan minggu lalu dan saya tidak tahu berapa lama beliau akan pulih," kata anak perempuannya Paetongtarn Shinawatra kepada wartawan, tanpa memberi maklumat lanjut mengenai pembedahan tersebut.
Cik Paetongtarn, seorang tokoh terkemuka dalam parti Pheu Thai berkata keluarganya sedang "mengkaji" bagaimana untuk memohon parol bagi bapanya, disebabkan kesihatannya yang kurang baik.
"Kami sedang mengkaji undang-undang tentang apa yang boleh dilakukan supaya dia dapat berehat di rumah. Tetapi kami belum memohonnya lagi," tambahnya.
Menurut Jabatan Hukuman Thailand, seorang banduan warga emas boleh memohon parol selepas sekurang-kurangnya menjalani hukuman penjara selama enam bulan.
Ini bermakna Encik Thaksin layak untuk dibebaskan dengan syarat pada Februari.
Ketika ditanya mengenai keadaan Encik Thaksin, Cik Paetongtarn berkata: "Ada hari yang baik dan buruk".
Ketika Encik Thaksin dipindahkan ke hospital polis, pegawai penjara berkata beliau mengalami sakit dada, tekanan darah tinggi dan oksigen rendah dalam darah.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.