Mantan PM Thai Thaksin buat persiapan bagi dapatkan pengampunan raja
Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra. (Gambar: AP)
BANGKOK: Mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dilaporkan sedang menyiapkan permohonan bagi mendapatkan pengampunan dari raja.
Demikian menurut peguamnya pada Rabu (30 Ogos).
Beliau pulang ke tanah air pada minggu lalu selepas hidup dalam buangan di luar negara selama 15 tahun bagi mengelakkan hukuman penjara.

Bagaimanapun setibanya di Bangkok dalam pesawat peribadinya, Encik Thaksin diarahkan mahkamah Thai agar dimasukkan ke penjara.
Beliau dijatuhi hukuman penjara lapan tahun bagi kes salah guna kuasa dan percanggahan kepentingan semasa menjadi Perdana Menteri.
Beberapa jam setelah ketibaannya, Srettha Thavisin dari parti Pheu Thai, yang disokong keluarga Shinawatra, menang undi parlimen untuk menjadi Perdana Menteri baharu. Ia sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa Encik Thaksin telah mengadakan perjanjian dengan bekas musuhnya, iaitu pihak tentera yang konservatif yang pernah mengguling kerajaan Encik Thaksin pada 2006 dan parti Pheu Thai pada 2014.
Encik Thaksin dan parti Pheu Thai bagaimanapun menangkis spekulasi tersebut.
Sementara itu, kumpulan-kumpulan pembangkang telah menggesa Jabatan Penjara supaya menghalang percubaan Encik Thaksin untuk mendapatkan pengampunan raja.
Menurut pihak pembangkang, kesalahan rasuah tidak boleh diberi pengampunan.
Namun Encik Thaksin berkata semua pertuduhan terhadapnya bermotifkan politik.

Sumber : AGENCIES/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.