Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan PM Pakistan Imran Khan mahu minta mahkamah hentikan waran tangkap

Anggaran Waktu Membaca:
LAHORE: Mantan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, merancang untuk ke mahkamah pada Jumaat (17 Mac) untuk menyokong rayuan yang dikemukakan untuk menghentikan operasi polis daripada memberkas dirinya atas kegagalan menghadiri pembicaraan, kata seorang penolong.

Encik Khan akan ke mahkamah di bandar Lahore tidak lama lagi untuk "menyokong rayuan terhadap waran tangkap ke atasnya dan tidakan pihak polis", kata penolong tersebut, Fawad Chaudhry kepada Reuters.

Prosiding undang-undang ke atas bekas bintang pemain kriket itu bermula selepas beliau disingkirkan daripada pejabat dalam satu usul undi di parlimen tahun lalu.

Sejak itu, Encik Khan, 70 tahun, menuntut pilihan raya kilat dan mengadakan tunjuk perasaan di seluruh negara itu. Beliau ditembak dan mengalami kecederaan di salah satu perhimpunan tersebut.

Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif menolak permintaan Encik Khan dan berkata bahawa pilihan raya akan diadakan seperti yang dijadualkan hujung tahun ini.

Waran tangkap ke atas Encik Khan dikeluarkan oleh mahkamah di ibu kota Islamabad.

Ini setelah beliau gagal menghadirkan diri ke mahkamah atas tuduhan menjual secara haram hadiah negara yang diberikan kepadanya oleh orang kenamaan luar negara, ketika beliau menjadi Perdana Menteri dari 2018 hingga 2022.

Encik Khan menolak tuduhan-tuduhan tersebut.

Suruhan Pilhan Raya Negara mendapati Encik Khan bersalah dan melarang beliau daripada menyandang jawatan dalam pemerintah selama satu penggal parlimen.

Percubaan untuk memberkas Encik Khan kerana gagal menghadirkan diri ke mahkamah berkait kesnya mencetuskan kemarahan penyokongnya minggu ini.

Mereka membaling bom petrol ke arah pegawai keselamatan yang bertindak menggunakan gas pemedih mata dan alat penyembur air.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan