Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan PM Pakistan Imran Khan hadir di mahkamah; bimbang diberkas

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan PM Pakistan Imran Khan hadir di mahkamah; bimbang diberkas

Gambar fail menunjukkan bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan meninggalkan Mahkamah Tinggi di Islamad pada 3 Oktober 2022. (Gambar: Ghulam Rasool / AFP)

Diterbitkan : 18 Mar 2023 07:14PM Dikemas Kini : 18 Mar 2023 07:15PM
ISLAMABAD: Mantan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan hadir di mahkamah di Islamabad selepas pemerintah mengharamkan sebarang tunjuk perasaan di ibu kota negara itu.

Pihak polis memasuki pekarangan kediamannya dan menangkap sejumlah penyokong Encik Khan.

Menurut media tempatan, mahkamah memberikan polis kebenaran untuk berbuat demikian.

Sementara itu, Encik Khan mendedahkan pembentukan sebuah jawatankuasa untuk memimpin partinya jika beliau diberkas.

Encik Khan dituduh menjual hadiah-hadiah yang diberikan kepadanya oleh orang-orang kenamaan semasa beliau menjadi perdana menteri.
Pada Selasa lalu (14 Mac), polis cuba menangkap Encik Khan di rumahnya, tetapi gagal berbuat demikian selepas tercetus pertempuran antara polis dengan para penyokong Encik Khan di luar rumahnya di Lahore.

Selepas Encik Khan memberi jaminan bahawa beliau akan hadir di mahkamah, waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya digantung pada Jumaat (17 Mac).

Jika sabit kesalahan, Encik Khan tidak akan dibenarkan bertanding dalam pilihan raya negara itu pada lewat tahun ini.

Encik Khan menafikan semua tuduhan terhadapnya yang dikatakan bermotif politik.
Sumber : AGENCIES/AA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan