Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan PM Pakistan Imran Khan didapati bersalah atas tuduhan rasuah; dihukum penjara 3 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
ISLAMABAD: Mantan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas tuduhan rasuah.

Mahkamah di Islamabad mendapati beliau bersalah kerana tidak mengisytiharkan wang yang diperoleh hasil jualan hadiah negara secara haram.

Encik Imran Khan bagaimanapun menafikan semua dakwaan dan berkata akan membuat rayuan.

Hakim memerintahkan penahanannya serta-merta dan mantan PM itu kemudiannya ditahan di rumahnya di Lahore.

Keputusan itu sekali gus melucutkan kelayakannya memegang jawatan politik.

Encik Imran Khan dilantik sebagai perdana menteri pada 2018 namun digulingkan dalam undi tidak percaya pada tahun lalu.

Sementara itu, sedang keputusan mahkamah diumumkan, orang ramai, termasuk beberapa peguam pendakwa, mula melaungkan "Imran Khan adalah pencuri" di luar bangunan.

Pada Mei lalu, Encik Imran Khan ditangkap kerana tidak hadir di mahkamah seperti yang diarahkan, namun kemudiannya dibebaskan setelah penahanan itu diisytiharkan sebagai tidak sah.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan