Mantan PM Pakistan Imran Khan cedera ditembak semasa perarakan konvoi
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail menunjukkan bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan meninggalkan Mahkamah Tinggi di Islamad pada 3 Oktober 2022. (Gambar: Ghulam Rasool / AFP)
ISLAMABAD: Mantan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan mengalami kecederaan pada Khamis (3 Nov) apabila konvoinya ditembak di timur negara itu.
Demikian menurut beberapa saluran berita tempatan.
Encik Imran sedang memimpin perarakan tunjuk perasaan di Islamabad bagi menuntut agar pilihan raya kilat diadakan. Beliau ditembak di bahagian kaki tetapi tidak berada dalam bahaya, menurut laporan media.
Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sebuah lori kontena yang membawa Encik Imran, lalu menyebabkan bukan sahaja beliau bahkan, beberapa penyokongnya mengalami kecederaan.
Serangan itu berlaku di daerah Wazirabad di timur wilayah Punjab.
Encik Imran kemudian dilihat dengan pembalut di kakinya. Beliau dipindahkan ke kenderaan lain dari trak kontenanya, dari mana pengumuman dibuat bahawa dia berada dalam keadaan selamat. Beberapa penyokong dari parti Tehreek-e-Insaf juga cedera, menurut pengumuman itu.
Serangan itu berlaku kurang seminggu selepas Encik Imran memulakan perarakannya dari Lahore, ibu kota wilayah Punjab, diiringi ribuan penyokong. Sejak penyingkirannya menerusi undian di Parlimen pada bulan April, Encik Imran mendakwa bahawa penyingkirannya adalah konspirasi yang dirancang oleh penggantinya, Perdana Menteri Shahbaz Sharif, dan Amerika Syarikat. Encik Shahbaz dan Washington bagaimanapun menyangkal dakwaan Encik Imran.
Pembantu Encik Imran, yang juga merupakan mantan Menteri Penerangan Fawad Chaudhry tidak segera mengulas berhubung kejadian itu.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.