Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan PM New Zealand bakal mula jawatan baru banteras ekstremisme online

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan PM New Zealand bakal mula jawatan baru banteras ekstremisme online

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern mengumumkan peletakan jawatannya pada 19 Jan 2023. (Gambar: AFP/File/Marty MELVILLE)

Diterbitkan : 04 Apr 2023 06:04PM Dikemas Kini : 04 Apr 2023 06:06PM
WELLINGTON: Mantan Perdana Menteri Zew Zealand Jacinda Ardern yang meletak jawatan pada Januari, akan menyandang jawatan tidak bergaji bulan ini untuk membanteras ekstremisme online.

Perdana Menteri New Zealand Chris Hipkins, yang mengambil alih sebagai pemimpin dari Cik Ardern, mengumumkan pada Selasa (4 Apr) bahawa beliau sudah melantik Cik Ardern sebagai utusan khas bagi 'Christchurch Call'.

Encik Hipkins berkata bahawa Cik Ardern akan memulakan jawatan separuh masa tersebut pada bulan ini, selepas beliau meninggalkan parlimen. Beliau juga menolak untuk menerima sebarang gaji.

Encik Hipkins menambah bahawa jawatan itu akan disemak semula pada hujung tahun.

Cik Ardern melancarkan 'Christchurch Call' bersama Presiden Perancis Emmanuel Macron pada 2020, dua bulan selepas seorang pengganas bersenjata berkulit putih membunuh 51 orang di dua masjid terletak di bandar Christchurch, New Zealand.

Matlamat 'Christchurch Call' adalah untuk menghapuskan kandungan pengganas dan pelampau ganas online. Lebih 50 negara sudah mendaftar kepada 'Christchurch Call' setakat ini, termasuk Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan Korea Selatan.

Syarikat-syarikat teknologi yang sudah mendaftar termasuk syarikat induk Facebook, Meta, Amazon, Google, Microsoft, YouTube, Zoom dan Twitter.

Kumpulan itu menyatakan bahawa ia sudah berjaya menghasilkan sistem keselamatan online baru dan sedang mengkaji kesan teknologi yang semakin meningkat seperti kecerdasan buatan (AI).

"Christchurch Call adalah keutamaan dasar luar negara bagi pemerintah, dan Jacinda Ardern dilantik secara khas untuk meneruskan matlamat menghapuskan kandungan pelampau yang ganas online," kata Encik Hipkins.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan