Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan PM M'sia Muhyiddin Yassin akan didakwa atas rasuah pada 10 Mac

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan PM M'sia Muhyiddin Yassin akan didakwa atas rasuah pada 10 Mac

Mantan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di Putrajaya pada 9 Mac 2023. (Gambar: AFP/Arif Kartono)

Diterbitkan : 09 Mar 2023 07:19PM Dikemas Kini : 09 Mar 2023 11:52PM
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mantan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ditahan pada Khamis (9 Mac) dan akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

SPRM dalam kenyataan menyatakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu ditahan pada jam 1.00 tengah hari Khamis di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung projek Jana Wibawa dan isu berkaitan.

Menurut SPRM dalam satu kenyataan pada Khamis, pihaknya sudah mendapat izin daripada Pejabat Peguam Negarauntuk mendakwa Ahli Parlimen Pagoh itu.
SPRM memaklumkan Encik Muhyiddin bakal menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 serta Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

SPRM sebelum ini telah membekukan akaun parti Bersatu dan beberapa individu, termasuk Ketua Penerangan parti itu, Wan Saiful Wan Jan, dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, yang didakwa di mahkamah berkaitan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan