Skip to main content

Dunia

Mantan PM Malaysia Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghasut, mohon dibicarakan

Anggaran Waktu Membaca:
 Mantan PM Malaysia Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghasut, mohon dibicarakan

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 27 Aug 2024 10:59AM Dikemas Kini : 27 Aug 2024 01:59PM

GUA MUSANG: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin didakwa di Mahkamah Sesyen, pada Selasa (27 Ogos), atas tuduhan mengeluarkan perkataan menghasut di FELDA Perasu, pada 14 Ogos lalu.

Presiden BERSATU itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Mantan Perdana Menteri itu tiba di Mahkamah Sesyen Gua Musang, jam 8.43 pagi bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, susuli ceramahnya yang didakwa menyentuh isu raja, agama dan kaum (3R) pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, awal bulan ini.

Pendakwaan Encik Muhyiddin pada Selasa menjadikan beliau mantan Perdana Menteri pertama yang dituduh mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 beliau boleh dihukum mengikut subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 (S$1,497) atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Pihak pendakwaan memohon Encik Muhyiddi dikenakan ikat jamin sebanyak RM20,000 (S$5,996) selain syarat tambahan berhubung perintah larangan bersuara dan mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan.

Pun begitu, peguam yang  mewakili Encik Muhyiddin pula memaklumkan ikat jamin RM20,000 adalah tidak wajar dan keterlaluan selain tidak perlu mengenakan sebarang perintah larangan bersuara memandangkan isu berkenaan sudah diketahui umum. Beliau  meminta agar jaminan hanya RM5,000 dikenakan.

Mahkamah kemudiannya memberikan ikat jamin sebanyak RM5,000 dan menolak permohonan pihak pendakwaan berhubung perintah larangan bersuara.

4 November ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita