Mantan PM Malaysia Mahathir tolak dakwaan khianat berhubung keputusan Pedra Branca
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: AFP
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad pada Selasa (10 Dis) menafikan dakwaan bahawa beliau mengkhianati negara, selepas siasatan diraja menggesa siasatan jenayah terhadap beliau berhubung keputusan kerajaan pada 2018 untuk menggugurkan tuntutan ke atas dua pulau yang dipertikaikan.
Dalam laporan yang diterbitkan minggu lalu, suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengesyorkan Dr Mahathir yang berusia 99 tahun menghadapi siasatan bagi keputusan tersebut, yang dibuat semasa beliau memegang jawatan PM, untuk menarik balik permohonan Malaysia bagi membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kedaulatan Pedra Branca.
Malaysia juga telah meminta penjelasan daripada mahkamah mengenai status sebuah lagi pulau kecil yang dipertikaikan, menurut laporan RCI.
Kedua-dua permohonan itu, yang dibuat pada 2017, ditarik balik selepas kerajaan gabungan yang diketuai Dr Mahathir pada tahun berikutnya.
Beliau memberitahu pemberita pada Selasa keputusan untuk menggugurkan tuntutan telah dibuat oleh kabinet ketika itu atas nasihat pakar undang-undang.
Beliau mempersoalkan sebab menteri-menteri kerajaan yang hadir pada mesyuarat Kabinet itu tidak dipanggil sebagai saksi kepada siasatan tersebut atau untuk menghadapi siasatan yang sama.
"Mereka semua berada dalam mesyuarat kabinet, jika mereka mempunyai apa-apa untuk mengadu atau membantah keputusan itu... mereka boleh bercakap menentangnya, tetapi tidak ada seorang pun daripada mereka berkata apa-apa," katanya.
Dr Mahathir berkata antara yang berada dalam mesyuarat Kabinet adalah Timbalan Perdana Menteri ketika Itu, Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Siasatan itu bermula tahun ini selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa untuk mengkaji semula tuntutan yang digugurkan.
Dr Mahathir menyifatkan penubuhan RCI itu sebagai bermotifkan politik dan bertujuan untuk memusnahkan reputasinya. Beliau menolak tuduhan PM Anwar bahawa penemuan siasatan itu mendedahkan pengkhianatan di pihak kerajaan di bawah pentadbiran Dr Mahathir.
"Jika saya khianat, maka timbalan saya juga," katanya merujuk kepada isteri PM Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang merupakan timbalan perdana menteri semasa tempoh Dr Mahathir.
Dr Mahathir dan PM Anwar, bekas anak didiknya yang bertukar menjadi pesaing, terbabit dalam pertelingkahan yang telah membentuk politik Malaysia selama beberapa dekad.
Hubungan mereka kembali pulih menggulingkan kerajaan Barisan Nasional yang sudah lama memerintah pada 2018, tetapi gabungan mereka tumbang dalam tempoh kurang dua tahun di tengah-tengah pertelingkahan dalaman.
Encik Anwar menjadi perdana menteri pada 2022 dan berjanji untuk menangani rasuah tetapi telah menghadapi tuduhan daripada beberapa pengkritik yang mendakwa tindakannya menyasarkan musuh politik beliau. Beliau menafikan tuduhan itu, dengan mengatakan tidak campur tangan dalam kes mahkamah.

Sumber : Agensi berita/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.