Skip to main content

Dunia

Mantan PM Malaysia Ismail Sabri masuk hospital selepas rebah di rumah

Mantan Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob dimasukkan ke hospital selepas pengsan di kediamannya awal pagi tadi (22 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan PM Malaysia Ismail Sabri masuk hospital selepas rebah di rumah

Encik Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan antara 2021 dengan 2022. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 22 Feb 2025 04:46PM Dikemas Kini : 22 Feb 2025 05:14PM
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob dimasukkan ke hospital selepas pengsan di kediamannya awal pagi tadi (22 Feb).

Perkara itu disahkan oleh setiausaha akhbar beliau Azran Fitri Abdul Rahim. Beliau kini berada dalam keadaan stabil.

Kata Encik Azran, "Saya dimaklumkan Datuk Seri (Ismail Sabri) pengsan di rumahnya dan dibawa ke hospital kira-kira 2.30 pagi untuk rawatan," ketika dihubungi Bernama.

Beliau juga memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita