Mantan PM Malaysia Ismail Sabri beri keterangan kes rasuah, pengubahan wang haram
Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-9, Ismail Sabri Yaakob hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.
Mantan Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri sedang membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya. (Gambar: Bernama)
Beliau tiba di pintu masuk pejabat SPRM pada pukul 9.45 pagi tadi dengan menaiki kenderaan jenis Audi berwarna hitam, diiringi oleh beberapaa kenderaan peronda polis.
Pada Rabu (12 Mac), Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, dilaporkan berkata Encik Ismail Sabri dijangka hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk memberi keterangan pada pukul 10.00 pagi pada Khamis (13 Mac).
Menurutnya, sijil cuti sakit Encik Ismail Sabri berakhir pada 13 Mac dan beliau diminta hadir untuk dirakam percakapan susulan siasatan yang sedang dijalankan terhadapnya.
Encik Ismail Sabri kini berdepan siasatan mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.