Skip to main content

Dunia

Mantan PM Malaysia Ismail Sabri akan didakwa di mahkamah 7 Ogos

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan PM Malaysia Ismail Sabri akan didakwa di mahkamah 7 Ogos

Mantan Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob akan didakwa pada 7 Ogos 2026 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 06 Aug 2026 10:22PM
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob akan didakwa pada Jumaat (7 Ogos) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi.

Kes terhadap Encik Ismail Sabri dipercayai berhubung pengisytiharan harta.

Sebelum ini, Ismail Sabri dipanggil beberapa kali bagi sesi rakaman percakapan mengenai pengisytiharan harta yang dibuat oleh beliau kepada SPRM.

SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta (S$53.26 juta) dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta (S$2.19 juta), berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap beliau.

Rampasan dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan “rumah selamat” hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Encik Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.

Sementara itu, peguam Ragunath Kesavan yang mewakili Encik Ismail Sabri mengesahkan anak guamnya akan didakwa pada Jumaat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. 
Sumber : Bernama/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita