Mantan PM Malaysia Abdullah Badawi hidap demensia, kata Khairy
Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi. (Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mendedahkan bapa mertuanya, yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi, kini menghidap demensia.
Ketika berucap merasmikan Persidangan Perubatan Psikologi Malaysia 2022 di ibu negara pada Ahad (11 Sep), Ahli Parlimen Rembau itu berkata bahawa keadaan Encik Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, yang kini berusia 82 tahun, merosot sehingga ke tahap beliau tidak mengingati orang di sekelilingnya.
Malah, katanya lagi, Pak Lah juga telah sampai ke tahap – tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya – dan tubuh badannya tidak berfungsi seperti sediakala.
“Mungkin ramai antara anda tertanya-tanya, di mana PM kelima (Pak Lah). Ya, beliau telah bersara (sejak 2009) dengan terhormat, dan tidak akan menimbulkan masalah untuk penggantinya. Beliau mempunyai demensia. Itulah sebabnya beliau tidak kelihatan lagi di mana-mana."
“Demensia itu satu situasi yang sangat kejam, kerana tubuhnya ada, mindanya tiada. Saya lihat bapa mertua saya merosot ke tahap beliau tidak lagi berfungsi secara normal. Beliau tidak ingat nama saya, tidak ingat nama isteri saya,” kata Encik Khairy lagi.
Encik Khairy menyentuh mengenai kepentingan sokongan perubatan demensia kerana majlis tersebut juga berkaitan dengan pelancaran Garis Panduan Klinikal untuk Pengurusan Demensia (Edisi Ketiga) dan Pengurusan Skizofrenia (Edisi Kedua).
Mengulas lanjut, Menteri Kesihatan itu berkata bahawa keluarga beliau mungkin mampu mendapatkan sokongan perubatan profesional untuk Pak Lah, tetapi situasi yang sama mungkin tidak dapat diperolehi atau diakses oleh sebahagian besar keluarga pesakit demensia di negara tersebut.
Encik Khairy berkata bahawa beliau dan Kementerian Kesihatan Malaysia sedang merangka Kertas Putih Kesihatan yang turut merangkumi usaha pemerkasaan dan pelaburan bagi memastikan dalam masyarakat mendapat akses penjagaan di rumah.
“Ini mungkin permulaan bagi rakyat Malaysia, yang telah menderita akibat keadaan ini. Saya berharap, dalam proses mendraf Kertas Putih, dan pada sama proses menstruktur bajet (2023) KKM, kami dapat menzahirkan kes yang kukuh supaya sektor penjagaan kesihatan mendapat lebih banyak dana."
“Ia adalah sesuatu yang amat penting supaya petugas kesihatan dapat bersama-sama dengan petugas sosial. Supaya kita semua berada dalam pemahaman yang sama,” katanya lagi.
Dalam pada itu Encik Khairy berkata bahawa KKM akan menubuhkan satu jawatankuasa bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, untuk mengkaji bagaimana penjagaan sosial di peringkat komuniti dapat ditingkatkan melalui tambahan peruntukan.
Beliau juga menjelaskan bahawa langkah itu dilihat perlu bagi membantu keluarga yang tidak mampu menggajikan seorang jururawat untuk bersama ahli keluarga yang menghidap demensia.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.