Mantan PM Imran Khan didakwa "bocorkan kandungan sulit diplomatik"
Anggaran Waktu Membaca:

Mantan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan semasa wawancara bersama AFP di tempat tinggalnya di Lahore pada 18 Mei 2023. (Gambar: Arif Ali/AFP)
ISLAMABAD: Sebuah Mahkamah di Pakistan pada Isnin (23 Okt) mendakwa bekas perdana menteri Imran Khan kerana "membocorkan kandungan sulit diplomatik" menjelang pilihan raya umum, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Perkara itu disahkan oleh parti Encik Khan, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI).
Hakim Mohamed Zulqarnain berkata Encik Khan dan bekas menteri luar mesti dibicarakan kerana mendedahkan rahsia negara semasa perhimpunan awam.
Tribunal khas itu akan merekodkan keterangan saksi-saksi pada hujung minggu ini, umum mahkamah selepas pendengaran pra-perbicaraan di dalam sel penjara Encik Khan.
Kedua-dua ahli politik itu mengaku tidak bersalah. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun dan hilang kelayakan bertanding dalam pilihan raya umum.
Pilihan raya umum Pakistan dijangka diadakan pada awal tahun depan.
Sementara itu, PTI dalam satu kenyataan menyatakan peguam mereka akan memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan memulakan perbicaraan.
Bekas bintang sukan kriket berusia 70 tahun itu berdepan beberapa tuduhan sejak penyingkirannya sebagai perdana menteri pada tahun lepas.

Sumber : AGENCIES/AA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.