Skip to main content

Dunia

Mantan PM China, Li Peng meninggal dunia

Mantan Perdana Menteri China, Li Peng atau lebih dikenali bagi peranannya dalam insiden mematahkan tunjuk perasaan di Dataran Tiananmen, meninggal dunia pada usia 90 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan PM China, Li Peng meninggal dunia

Mantan PM China, Li Peng. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 23 Jul 2019 10:24PM Dikemas Kini : 23 Jul 2019 10:28PM

BEIJING: Mantan Perdana Menteri China, Li Peng atau lebih dikenali bagi peranannya dalam insiden mematahkan tunjuk perasaan di Dataran Tiananmen, meninggal dunia pada usia 90 tahun.

Menurut stesen penyiaran tempatan, Xinhua, bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan itu meninggal dunia akibat "penyakit" yang tidak ditentukan, pada Isnin (22 Jul) di Beijing.

Mantan perdana menteri itu, sebelum ini, dilaporkan menghidap penyakit barah pundi kencing.

Mendiang Li dianggap sebagai perancang utama tindakan kejam terhadap tunjuk perasaan pro demokrasi besar-besaran di Beijing pada 4 Jun 1989, yang mendapat perhatian dan kritikan masyarakat dunia.

Namun, beliau terus mengetuai rejim komunis selama lebih satu dekad dan sehingga kematiannya kekal sebagai simbol kebencian orang ramai akibat penindasan yang dilakukannya.

Mendiang mengumumkan undang-undang tentera pada 20 Mei 1989, selepas ribuan pelajar, pekerja dan penduduk China berkhemah selama beberapa minggu di Dataran Tiananmen bagi mendesak perubahan politik.

Dua minggu kemudian, pada 3 Jun hingga 4 Jun 1989, pihak tentera menamatkan bantahan di Tiananmen dalam satu peristiwa berdarah, termasuk membunuh ratusan orang awam.

Malah, ada yang menganggarkan lebih 1,000 penunjuk perasaan maut dalam kejadian itu. 

Sumber : AFP/REUTERS/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita