Mantan PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum mati susuli tindakan keras ragut 1,400 nyawa
Anggaran Waktu Membaca:
DHAKA: Mahkamah Bangladesh sabitkan mantan Perdana Menteri Sheikh Hasina yang digulingkan, atas kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya pada Isnin (17 Nov).
Ini sekaligus memuktamadkan perbicaraan selama berbulan-bulan, di mana dia didapati bersalah kerana mengarahkan tindakan keras terhadap pemberontakan yang dipimpin oleh para mahasiswa tahun lalu.
Keputusan itu dikeluarkan beberapa bulan sebelum pilihan raya parlimen yang dijangka diadakan pada awal Februari.
Hukuman mati adalah hukuman maksimum di bawah undang-undang yang mengawal tribunal tersebut.
Parti Liga Awami pimpinan Hasina diharamkan bertanding dan keputusan hari ini dikhuatiri boleh mencetus pergolakan baharu menjelang hari mengundi.
Tribunal Jenayah Antarabangsa, iaitu mahkamah jenayah perang domestik Bangladesh yang terletak di ibu negara Dhaka, menjatuhkan hukuman tersebut di tengah-tengah kawalan keselamatan yang ketat dan kehilangan Hasina selepas dia melarikan diri ke India pada Ogos 2024.
Keputusan itu boleh dirayu di Mahkamah Tinggi.
Sungguhpun demikian, anak lelaki yang juga penasihat Hasina, Sajeeb Wazed, memberitahu Reuters pada malam sebelum keputusan itu dibuat bahawa mereka tidak akan membuat rayuan kecuali jika pemerintah yang dipilih secara demokratik memimpin dengan penyertaan Liga Awami.
Hasina, yang hidup dalam buangan di India, dibicarakan tanpa kehadirannya.
Dia menyifatkan tribunal itu sebagai "mahkamah kanggaru" sambil mengecam pelantikan seorang peguam oleh pihak pentadbiran negara untuk mewakilinya.
KEGANASAN PALING DAHSYAT SEJAK 1971
Semasa perbicaraan, pendakwa raya memberitahu mahkamah bahawa pihaknya menemui bukti arahan langsung daripada Hasina untuk menggunakan kekerasan bagi menyuraikan pemberontakan yang dipimpin oleh golongan mahasiswa pada Julai dan Ogos 2024.
Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sehingga 1,400 orang mungkin terbunuh semasa tunjuk perasaan antara 15 Julai dengan 5 Ogos 2024.
Beribu-ribu yang lain cedera - kebanyakannya akibat tembakan daripada pasukan keselamatan - di tengah-tengah keganasan paling dahsyat di Bangladesh sejak perang kemerdekaannya pada 1971.
Hasina diwakili oleh peguam bela yang dilantik pemerintah yang memberitahu mahkamah bahawa tuduhan terhadapnya tidak berasas dan merayu agar dia dibebaskan.
Sebelum keputusan itu dikeluarkan, Hasina menolak tuduhan dan mempertikaikan keadilan prosiding Tribunal, dengan menegaskan bahawa keputusan bersalah adalah "satu keputusan yang sudah dijangka".
Keadaan kian tegang di Bangladesh, dengan sekurang-kurangnya 30 insiden letupan bom dan 26 kenderaan yang dibakar di seluruh negara sejak beberapa hari lalu.
Walau bagaimanapun, tiada korban jiwa dilaporkan.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.