Skip to main content

Dunia

Mantan PM Bangladesh Sheikh Hasina didakwa lakukan jenayah terhadap kemanusiaan

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan PM Bangladesh Sheikh Hasina didakwa lakukan jenayah terhadap kemanusiaan

(Gambar fail: AFP/ANGELA WEISS)

DHAKA: Mantan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina dan sembilan yang lain didakwa melakukan "genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan", semasa tunjuk perasaan selama berminggu-minggu bertukar ganas yang mengakibatkan beratus-ratus orang terbunuh sebelum beliau meletak jawatan, kata seorang pegawai pada Rabu (15 Ogos), lapor agensi berita Jerman (dpa).

“Siasatan terhadap kes ini telah dimulakan apabila kami secara rasmi mendaftarkan aduan berhubung perkara ini,” kata Ataur Rahman, seorang pegawai kanan di Tribunal Jenayah Antarabangsa (ICT) kepada media tempatan.

ICT adalah mahkamah di Bangladesh yang dikhususkan untuk pendakwaan kes pembunuhan beramai-ramai dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Setelah siasatan selesai dijalankan, ICT akan menyerahkan penemuannya kepada pendakwa raya untuk menentukan langkah undang-undang seterusnya.

Gazi Tanim, seorang peguam Mahkamah Agung memfailkan aduan itu kepada ICT bagi pihak seorang bapa kepada pelajar darjah sembilan yang terbunuh, akibat tembakan polis semasa berlaku bantahan pada 5 Ogos di pinggir Dhaka.

Empat anggota kanan Kabinet Cik Hasina, mantan ketua polis negara, dan tiga pegawai polis lain juga dinamakan dalam kes terbabit.

Mereka yang terlibat dalam membuat petisyen itu mendakwa bahawa tertuduh mengarahkan, merancang dan melakukan pembunuhan beramai-ramai serta jenayah terhadap kemanusiaan dengan membunuh penunjuk perasaan antipemerintah yang tidak bersenjata.

Lebih 500 orang dilaporkan terbunuh semasa tunjuk perasaan selama sebulan yang menuntut penamatan sistem kuota pekerjaan pemerintah, yang didakwa mempunyai unsur diskriminasi dan akhirnya bertukar menjadi kebangkitan besar-besaran terhadap pemerintah Cik Hasina.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita